Bab 32

331 11 0
                                    

Nana masih memerhati rumah agam di hadapannya.Nana memandang kearah Azie yang telahpun melangkah memasuki perkarangan rumah itu.Entah apa yang ada di fikiran Azie pun dia tidak tahu.

Memang dia orang yang paling rapat dengan Shaf.Tapi,Azie ialah orang yang boleh berfikir seperti Shaf.Idea mereka berdua memang selalunya tidak dapat dijangka.Nana menghela nafas berat sebelum kakinya turut melangkah mengekori langkah Azie yang semakin mendekat dengan Puan Sri Zahirah.

"Eh Nana...lama aunty tak jumpa kamu...ni siapa?"Puan Sri Zahirah menyapa mereka berdua.

"Assalamualaikum Aunty...ni Azielah...kawan Shaf.."Nana tunduk menyalami tangan Puan Sri Zahirah.

"Lah Azie ke...maaflah...aunty tak berapa cam tadi..."Puan Zahirah menggeleng sambil tersenyum.

"Aunty..."Azie tersenyum dan turut menyalami tangan Puan Sri Zahirah.

"Jom masuk...Shaf mana?...dia tak ikut sekali?"Puan Sri Zahirah berjalan di hadapan Azie dan Nana.

Azie dan Nana berpandangan sesama sendiri.Nana hanya mampu mengangkat bahu tanda tidak tahu mahu menjawab apa.

"Shaf...hmm..ada hal...ni aunty seorang je ke dekat rumah?"Azie menukar topik perbualan mereka.

"Tak lah...Santi ada...eh duduklah..."Puan Sri Zahirah mempelawa mereka berdua duduk.

"Santi?...anak aunty ke?..pelik betul nama.."Azie ingin mendekatkan dirinya dengan Puan Sri Zahirah.Dia sudah tahu apa yang dia harus lakukan setelah Puan Sri Zahirah rapat dengannya.Azie tersenyum sendiri.

"Eh tak lah...Santi tu orang gaji aunty...Santi!"Puan Sri Zahirah melaung Santi yang berada di ruang dapur.

Santi berlari anak menuju ke arah Puan Sri Zahirah

"Ya puan sri...puan sri ada mahu apa-apa?"Santi bersuara walaupun dia sedang tercungap-cungap.

"Yang kamu ni dah kenapa Santi...berapa kali dah saya pesan...kalau saya panggil,jangan berlari datang dekat saya..jalan biasa sudahlah...tapi jangan lambat sangat...hish kamu ni...ni hah..buatkan air untuk anak-anak buah saya ni"Santi hanya mengangguk mendengar arahan Puan Sri Zahirah dan terus berlalu ke dapur.

"Hahaha...takut betul maid aunty dengan aunty...aunty bukan karnivor kan makan orang?"Azie mengusik Puan Sri Zahirah sambil menjauhkan sedikit dirinya dari Puan Sri Zahirah berpura-pura takut.

"Hish!.kamu ni..tak adanyelah..aunty ni original people okey"Puan Sri Zahirah menepuk bahu Azie.

"Original people aunty?...orang asli kampung mana?"Puan Sri Zahirah terdiam cuba mentafsir kata-kata Nana.

Puan Sri Zahirah hanya mampu menggeleng apabila dia tersedar yang dia terkena semula.Bercakap dengan dua orang ini memang tidak habis.Ada sahaja idea mereka untuk mengenakan Puan Sri Zahirah kembali.

"Amboi...rancaknye bersembang umi...sembang dengan siapa?"

Mereka bertiga yang asyik berbual terus terdiam dan menoleh kearah suara dibelakang mereka.

"Korang?"Daniel agak terkejut melihat Azie dan Nana tetapi sempat dikawal riak wajahnya.

Azie dan Nana tersenyum penuh makna kearah Daniel.

"Haah kiteorang...lama tak jumpa kau...duduklah sekali..banyak benda kiteorang nak sembang dengan kau..kan Nana kan.."Azie memberikan senyuman paling manis kepada Daniel.

BENCI ATAU CINTA?Where stories live. Discover now