Shaf tersedar dari pengsannya dan dia melihat orang yang berada di sekelilingnya dan matanya terberhenti pada susuk tubuh yang betul-betul berdiri di hujung kakinya. Shaf dengan secara drastiknya terus bangun dari pembaringannya dan duduk tegak di atas sofa. Puan Saharah yang berada di sebelahnya terus pergi menggosok lembut belakang Shaf.
"Shaf kenapa? Tiba-tiba Daniel telefon cakap Shaf pengsan. Shaf okay ke tak ni?Kalau tak okay jom lah ibu bawa pergi klinik jom."
"Haah lah Shaf, aunty pun rasa elok kita pergi klinik, aunty pun terkejut bila Daniel telefon cakap Shaf pengsan tadi. Aunty ingat dia yang buat kamu pengsan tadi."
Sampuk Puan Sri Zahirah iaitu umi kepada Daniel. Matanya melirik ke arah Daniel.
"Eeh umi, apa pula Dan yang buat dia pengsan, dia tu hah tak dapat beza orang dengan hantu, sedihh" Daniel berkata sambil menjulingkan matanya ke atas.
"Ibu, macam mana DIA TU boleh ada dalam rumah kita bu?" Memang sengaja Shaf menekan perkataan DIA TU dan menjuihkan bibirnya kearah Daniel. Daniel yang melihat sudah panas hati.
'kurang asam betul dia ni, tunggu kau, tahulah aku tahu nak buat apa dekat kau nanti"
Puan Sri Zahirah yang perasan akan kelakuan anaknya yang tiba-tiba tersenyum seorang diri.
'ha sudah..dah kenapa dengan anak aku ni...Dan..janganlah nak malukan umi.' Puan Sri Zahirah sudah tak senang duduk dengan kelakuan anaknya yang sekejap-sekejap tersenyum dan serius tiba-tiba. Puan Sri Zahirah berdehem dan memanggil anaknya.
"Ehem...Dan...Dan...Daniel...ASRI HAFIZ DANIEL BIN TAN SRI ISKANDAR!"
"Ha? Okay.. Dan tak kisah.." alahai kau mengarut apa ni Dan.
"Ha? Apa yang tak kisahnya? Umi panggil nama Dan je tadi, yang Dan jawab okay dan tak kisah tu kenapa? Dan berangan apa tadi ha." Puan Sri Zahirah sudah ketawa melihat gelagat anaknya. Ruang tamu rumah Shaf yang tadinya sunyi bertukar menjadi riuh dengan ketawa mereka.
Shaf yang sedang ketawa terus terberhenti apabila matanya bertembung dengan mata Daniel. Daniel memberi isyarat kepada Shaf supaya pergi ke laman luar.
'Hish kau ni..aku nak rehat pun tak senang, sibuk panggil aku suruh pergi luar, pahal lu..' Shaf sudah merungut dalam hati. Tapi dia tetap pergi berjalan keluar rumah menuju ke laman luar rumahnya. Shaf melihat Daniel sedang duduk di bangku di gazebo ibu. Shaf mempercepatkan langkahnya kearah Daniel. Sampai sahaja disitu. Shaf mengambil tempat dihadapan Daniel.
"Kenapa kau panggil aku?" Shaf tidak memandang kearah Daniel semasa dia bercakap.
"Saja nak ganggu ketenteraman kau." Daniel berkata sambil matanya tak lari daripada Shaf.
"Huh..bazir masa aku je.." Shaf terus bangun untuk berlalu tetapi tangannya disentap oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan Daniel.
ANDA SEDANG MEMBACA
BENCI ATAU CINTA?
Romansa"Umi dengan Aunty dah siapkan semua..korang ada masa lagi 5 bulan kenal antara satu sama lain semula"-Puan Sri Zahirah "Sorry umi...Dan tak boleh...Terutama dengan die ni..mimpi ngeri Dan"-Daniel "What??!!..mimpi ngeri??...kau ingat aku nak sangatla...
