5 bulan telah berlalu sejak peristiwa mereka diugut itu. Fawas menghilangkan diri. Sahabat Shaf semua telah selamat diijab kabulkan. Kes kematian Sofea masih belum selesai kerana Fawas masih belum ditangkap. Minggu lepas, Zai iaitu satu-satunya sahabat lelaki mereka pulang ke Malaysia untuk berjumpa dengan Shaf dan yang lain.
"5 bulan dah beb, satu berita tentang Fawas pun kita tak dapat lagi"
"Walaupun 5 bulan beb, aku dapat rasakan yang dia ada rancang sesuatu untuk kita. Kali ni, aku tak nak libatkan yang lain, hanya kita berdua sahaja." Shaf bersuara sambil memandang Nana. Nana hanya mengangguk.
Sedang asyik mereka berdua berbincang, datang seorang lelaki menepuk meja mereka.
"Jam pukul 6, pusing" Shaf dan Nana serentak berpusing ke arah yang dikatakan oleh lelaki itu.
Dapat dilihat dari ekor mata mereka bahawa ada seseorang di sebalik tiang yang sedang memerhatikan mereka. Shaf memberi isyarat mata menyuruh lelaki itu duduk.
"Dari tadi aku perhatikan lelaki yang dekat belakang tiang tu perhatikan korang"
"Aku tak nampak muka dia"
"Jangan risau..masa dia sibuk perhatikan korang tadi, aku sempat tangkap gambar dia..cuma tak berapa jelas"
"Terbaik Zai." Zai menghantar gambar itu kepada Shaf dan Nana melalui aplikasi Whatsapp.
Shaf dan Nana kedua-duanya terkejut melihat gambar. Hanya gerak mulut tanpa suara yang dipamerkan oleh mereka. Mereka berdua berpusing ke arah tiang itu semula dan malangnya lelaki yang berdiri di tiang itu sudah tiada.
"What's wrong with you guys?" Zai sudah menggaru-garu kepalanya kebingungan melihat reaksi Shaf dan Nana.
"Korang kenal ke lelaki tu?"
"Tak kenal, tapi muka dia macam biasa tengok area ni, kan Nana?" Shaf memberi isyarat mata kepada Nana.
"Ha..haah..muka dia selalu nampak area ni, ni kau balik sini berapa lama?" Nana cuba mengalih topik perbualan mereka.
"Lepas raya aku balik sana semula, rindu beb nak puasa dengan raya dekat Malaysia" Zai memberikan laluan kepada pelayan untuk menghantar pesanannya.
"Kerja kau dekat sana?"
"Kawan aku yang gantikan, aku balik ni pun dia yang paksa suruh balik, kasihan katanya tengok aku beraya sendiri."
"Baiknya kawan kau tu"
"By the way, mana yang lain? Bukan ke aku cakap suruh kumpul?"
"Ehem!..mengata kiteorang ke?" Azie menyampuk dari belakang.
Zai terus berpusing ke arah Azie serta Syah dan Linda yang mengekori Azie daripada belakang.
"Oii...mak buyung!.Hahaha" Zai sudah meletuskan tawanya. Mereka semua sudah meletuskan tawa.
"Beb, kau jalan macam itik serati, mati-mati aku ingat itik jadian tadi. Hahaha.." Zai masih dengan sisa tawanya.
"Kau ni kan Zai. Aku libas juga dengan kerusi ni nanti." Azie menarik kerusi di sebelah Nana. Begitu juga Syah dan Linda.
"Dah berapa bulan beb?" Zai memanggil pelayan sambil mulutnya bertanya pada Azie.
"3 bulan" Semua memandang Azie pelik. Bukan tiga bulan itu yang mereka pelikkan tetapi saiz kandungan Azie itu yang mereka musykilkan.
YOU ARE READING
BENCI ATAU CINTA?
Romance"Umi dengan Aunty dah siapkan semua..korang ada masa lagi 5 bulan kenal antara satu sama lain semula"-Puan Sri Zahirah "Sorry umi...Dan tak boleh...Terutama dengan die ni..mimpi ngeri Dan"-Daniel "What??!!..mimpi ngeri??...kau ingat aku nak sangatla...