BAB 14

448 14 0
                                    

Habis sahaja kelas, Nana dan Shaf terus bergerak ke kafe. Azie yang melihat mereka masuk ke dalam cafe terus melambai tangan ke arah mereka.

"Hai beb. Asal muka kau masam je ni, aku dengar ada student baru kat kelas kau. Handsome tak?" Azie terus menegur Nana yang baru duduk dihadapannya.

Nana tidak memberikan sebarang reaksi malahan dia terus meletakkan kepalanya di atas meja. Azie memberi isyarat kepada Shaf. "Asal?". Shaf hanya membalas dengan gerak mulut"Nanti aku cerita". Azie hanya mengangguk. Sedang mereka menunggu Ana dan Syah tiba-tiba ada seseorang datang mengetuk meja mereka.

"Hai guys..still remember me?" Mahasiswa itu tersenyum ke arah mereka berdua.

Nana yang kenal akan suara itu masih tidak mengangkat mukanya. Mereka berdua serentak memandang kearah mahasiswa itu. Shaf hampir membatu.

"A..alon..eh..Muqriz" Shaf cepat-cepat menutup mulut Azie.

Muqriz yang berada dihadapan mereka, sudah memandang mereka pelik. Shaf memberikan isyarat mata kepada Azie.

"Haha. Korang ingat lagi aku rupenya, ingatkan dah lupa. By the way, aku boleh join?" Shaf hanya mengangguk kearah Muqriz. Muqriz menarik kerusi dihadapan Nana.

"Haha, ingatan aku kuatlah. Walaupun tak kuat sangat. By the way, macam mana kau boleh ada dekat sini? Bukan kau dekat UK ke?" Azie bertanya kepada Muqriz bagi memecahkan suasana sunyi di situ.

"Aku mohon untuk transfer sini." Muqriz menjawab pertanyaan Azie sambil matanya masih merenung kearah Nana yang masih tidak mengangkat muke.

"Apa sebab transfer sini?"

"Sebab pertama, kena tolong ayah aku uruskan perniagaan dia. Sebab kedua, aku nak rebut balik hati orang yang aku pernah tinggal dulu." Muqriz pandang ke arah Nana yang baru sahaja mengangkat mukanya.

"Err. Okayyy. Orang tu kitaorang kenal ke?Or orang tu student U ni juga?" Azie bertanya kepada Muqriz dengan riak wajah ingin tahu. Shaf menepuk dahi. Inilah masalah Azie, dia ingat orang tu tapi dia tak ingat kisah orang tu. Pelik betul penyakit amnesia dia ni. Muqriz memandang Azie pelik.

'takkanlah dia tak tahu pasal tu'

Muqriz mengangkat kening ke arah Shaf. Shaf memberi isyarat dengan menunjukkan kepala. Muqriz hanya mengangguk tandan mengerti.

'Oowhh. Penyakit amnesia dia tak sembuh sepenuhnya lagi rupanya' Muqriz mengangguk sedikit.

"Haah..budak tu korang kenal dan budak tu sekarang ada dekat depan mata aku" Muqriz hanya memandang Nana yang terkejut melihatnya.

"Err. Maksud kau, yang budak perempuan tu ialah.. Nana?" Azie tunjuk kearah Nana.

"Kau rasa?" Muqriz mengangkat kening sebelah.

"Okay faham. Tapu kenapa aku tak tahu, or aku tak ingat ekk."Azie mengetuk-ngetuk kepalanya.

Sedang mereka rancak berbual tiba-tiba ada  suara yang memanggil Muqriz.

"Weh Riz, kau lepak dengan awek tak nak ajak ak.." Percakapan lelaki itu terberhenti apabila matanya bertembung dengan mata orang yang di hadapannya. Semua yang berada di situ terdiam.

"Ehem! Riz kau kenal ke mambang ni?" Azie bertanye pada Muqriz sambil menunjuk Daniel.

"Of course lah kenal, dia ni kawan baik merangkap sepupu aku, of courselah kenal" Muqriz berdiri dan menepuk-nepuk belakang bahu Daniel.

"WHAT?!" Mereka semua menjerit serentak.

Semua mata memandang kearah mereka bertiga. Muqriz dengan Daniel pun terkejut.

"Wait..wait..asal ni? Kenapa korang terkejut sangat ni?" Muqriz bertanya pelik.

"Oh. Tak ada apa. Just terkejut sikit je...hehe" Shaf membetulkan duduknya untuk melindungi perasaan terkejutnya.

"Oookey...so guys...boleh aku join?" Daniel tidak menunggu kata setuju dari mereka tetapi terus duduk di sebelah Muqriz.

Ana dan Syah yang baru sampai di kafe itu terus menuju kearah rakanya.

"Sorry beb...kitaorang lambat..so..you all join kitaorang ke?" Syah terus menarik kerusi di meja sebelah untuk duduk.

Ana merenung lama kearah Muqriz.

"Hmmm..kau ni. Muqriz ke?" Muqriz yang mendengar soalan Ana terus menghamburkan ketawa.

"Hahahaha. Kau ingat lagi eeaa dengan aku. Aku ingatkan lepas bergaduh besar dulu dengan aku, kau dah tak ingat aku dah" Muqriz senyum senget kearah Ana.

"Hek eleh budak ni...kau patut bersyukur tau sebab aku stay ingat kau." Ana menjeling kearah Muqriz.

"Wowo..Chilllah...jeling-jeling pulak...seram aku..hahaha" Inilah masalah Muqriz, dari dulu sampai sekarang, kalau jumpa Ana, ketawanya tak akan berhenti.

Mereka semua rancak berbual kecuali Nana dan Shaf yang duduk dalam dunia masing-masing. Muqriz yang perasan Nana mengelamun tersenyum melihat Nana.

"Ehem! Jauh mengelamun cik kak. Ingat dekat kekasih hati ke, jauh sangat ke kekasih tu sampai mengelamun, baik kau tenung muka aku. Lagi bagus dari kau mengelamun" Muqriz memandang Nana yang merenungnya tajam.

"Oh ya? Lebih baik aku tengok muka beruk dari aku tengok muka kau." Nana terus bangun dan berlalu dari situ.

Semua yang berada disitu terkaku dan masih terkedu melihat Nana. Shaf yang melihat Nana berlalu terus bangun dan mengekori Nana.

"Weh Zie, asal?" Ana bertanya pada Azie. Azie hanya mengangkat bahu. Muqriz dan Daniel berpandangan sesama sendiri. Mereka pun bangun dan meminta izin untuk berlalu.
Daniel dan Muqriz berjalan kearah kereta mereka dan secara tidak sengaja Muqriz ternampak Nana yang berjalan ke arah keretanya. Muqriz berlari ke arah Nana apabila dia ternampak ada sebuah kereta yang laju di belakang Nana.

"NANA!!" Nana yang terkejut mendengar jeritan itu terus berpusing ke belakang dan kakinya bagaikan kaku di situ apabila melihat sebuah kereta sudah hampir melanggarnya. Muqriz menolak Nana ke tepi jalan dan...

BAM!!

Nana kaku di tepi jalan apabila dia melihat sekujur tubuh sudah terbaring di atas jalanraya dengan berlumuran darah. Nana berlari kearah Muqriz.

"Awak bangun! Bangun awak! Kenapa awak tolong saya?..kenapa?!" Nana sudah meraung disitu.

Muqriz dikejarkan ke hospital kerana mengalami pendarahan di kepala yang agak teruk. Nana terus menuju ke arah doktor yang melakukan pembedahan ke atas Muqriz setelah doktor itu keluar dari bilik bedah.

"Macam mana keadaan Muqriz doktor?"

"Sebelum tu, boleh saya tahu cik ni siapa?"

"Saya kawan dia."

"Oowwh. Encik Muqriz sudah dalam keadaan stabil sekarang, nanti kami akan pindahkan dia ke wad biasa. Terima kasih" Doktor itu terus berlalu pergi.

Nana memanjat syukur kehadrat Ilahi kerana menyelamatkan Muqriz. Ya. Kali ini dia sudah tidak boleh lari. Tidak mungkin dia meninggalkan orang yang telah bergadai nyawa untuknya.

BENCI ATAU CINTA?Where stories live. Discover now