"Beb..memang ni je ke tempat yang kau tahu dekat dalam KL ni beb?" Semua mata memandang ke arah Aisyah.
"Hehe..sebenarnya banyak lagi tempat lain tapi tempat ni paling menarik perhatian aku.." Aisyah terus melangkah masuk ke dalam kedai di hadapannya.
"Perhatian kau!" Linda, Nana, Azie dan Shaf berkata serentak.
"Korang rasa tak apa aku rasa?" Taufiq bersuara sambil kakinya melangkah mengekori Ana. Semua hanya menggeleng.
"Aku rasa menyesal ikut diaorang ni, habislah kita sekejap lagi." Taufiq sudah membuat muka apabila membaca nama kedai di hadapannya. Lovely Wedding Rose.
Shaf sudah menggeleng kepala apabila memasuki butik kakaknya itu. Kalaulah masa perlawanan tembak tadi dirinya yang menang, mesti dia yang akan tentukan ke mana mereka semua akan pergi. Dua tahun sudah tidak menyentuh pistol dan hari ini baru memegangnya kembali membuatkan Shaf merasakan yang dia sudah tidak secekap dahulu. Kalau Aisyah yang boleh dikategorikan sebagai paling lemah lembut di dalam kumpulannya boleh kalahkan dirinya. Sudah terbukti yang dirinya sudah lama tidak berlatih.
"Oi anak dara, termenung apa?" Rossa menepuk bahu Shaf dari belakang.
"Eh Ude..bukan Ude dekat Bali ke?" Shaf mencapai tangan Rossa untuk bersalam diikuti oleh rakan-rakannya.
"Sepatutnya macam tu but you know, I'm the boss" Rossa tersenyum sinis kearah mereka semua.
"Dia guna dah kuasa veto dia" Daniel menyampuk dari belakang mengundang tawa mereka semua.
"Okey..tutup cerita, sekarang ni siapa nak try baju dulu?" Rossa bertanya sambil tersenyum memandang adik-adik angkatnya.
"Of course lah Aisyah, dah dia yang paling beria nak datang sini tadi..dah-dah pergi try baju sana..shuhh..shuhh.." Linda mengibas tangannya seperti menghalau.
"Korang empat orang kahwin serentak ke?" Mereka semua memandang ke arah Shaf.
"Choii! Mulut kau..tak nak aku kahwin serentak..tiada daya tarikan nanti"
"Ooo..jadi kau buat majlis sanding nanti sebab nak tarikan je lah..Azie..Azie..kau ni tak baiklah..kau tahu tak yang-" Linda sudah menekup mulut Ana.
"Okey Ana..tolong jangan bagi ceramah untuk hari ni..aku tahu yang kau nak kahwin dengan ustaz opss doktor maksud aku..tapi tak perlulah sampai setiap hari kau nak bagi tazkirah subuh, pagi, petang dengan malam dekat kita orang" Linda akhirnya bersuara, sudah tidak sanggup melayan perangai Ana yang asyik mahu berceramah tak kena tempat.
"Guys.." Baru sahaja Ana ingin membuka mulut Aisyah sudah berdiri dihadapan mereka sambil memakai baju pengantin. Satu sahaja yang keluar dari mulut mereka berempat iaitu 'Gorgeous'.
Baru sahaja Shafiq dan yang lain mahu masuk ke ruangan persalinan dua orang lelaki berkot hitam menahan mereka.
"Hah..buat apa dekat sini?..bukan korang patut dekat ruangan sebelah..yang kau Shafiq kenapa tak try lagi baju pengantin?"
"Alah...Fiq nak tengok my future wife pakai baju pengantin.."
"Tak payah! Hilang seri adik aku nanti..Dah..dah..pergi try baju sana..Wan, Q..jangan bagi diaorang ni masuk..intai sikit pun tak boleh.." Rossa memberi arahan dan kembali ke dalam ruangan persalinan bagi bakal pengantin perempuan.
"Dahlah Shafiq jom pergi bilik persalinan sebelah, kita orang pun nak tengok kau pakai baju pengantin..berdiri depan ni lama sikit je lagi aku rasa memang kita kena bedal dengan dua orang ni" Muqriz menarik Shafiq supaya ke bilik persalinan untuk bakal pengantin lelaki.
YOU ARE READING
BENCI ATAU CINTA?
Romance"Umi dengan Aunty dah siapkan semua..korang ada masa lagi 5 bulan kenal antara satu sama lain semula"-Puan Sri Zahirah "Sorry umi...Dan tak boleh...Terutama dengan die ni..mimpi ngeri Dan"-Daniel "What??!!..mimpi ngeri??...kau ingat aku nak sangatla...