"Dahlah Dan...stoplah rancangan gile kau ni...dia tu kawan akulah...aku dah tak sanggup nak ikut semua rancangan gile kau ni...Pieqa tu kaw....."Linda tidak sempat menghabiskan ayatnya apabila ada suara yang menyampuk dari belakang.
"Rancangan ape?...ha Linda...rancangan ape...Danial?"Nana memandang Linda dan Danial silih berganti.
"Tak...tak...takde rancangan apa pun Nana....just cakap-cakap je tadi..."Linda ingin menarik Nana berlalu dari situ.
"Aku tanya ni...rancangan apa?!"Nana merenung Linda dan Danial.Suaranya juga sudah naik satu oktaf.
Terus terlepas tangan Linda yang menarik tangan Nana.Azie hanya merenung tajam kearah Linda dan Danial.
"Alah chillah...kita dekat hospital ni...nak tengking-tengking pula..."Danial bercakap sambil berpeluk tubuh.
"Ooo....dalam hospital tak boleh tengking...kalau dekat sana boleh tak?"Azie menghalakan jari telunjuknya ke tempat letak kereta dihadapan hospital itu.
Tanpa menunggu apa-apa jawapan daripada Danial,Azie terus mengarahkan dua orang pengawal keselamatan yang berada di situ untuk mengheret Danial keluar dari situ.
"Woi lepaslah!"Danial meronta-ronta minta dilepaskan.
Setelah berada di tempat yang ditunjuk Azie,Azie mengarahkan pengawal keselamatan supaya melepaskan Danial.
"Okey...sekarang...dah boleh tengkinglah kan...or maybe bukan setakat tengking...buat macam ni pun boleh kot..."Azie mengilas tangan Danial kebelakang dan mengunci pergerakan Danial.
"Aku tanya lagi sekali Linda...kau rancang apa dengan malaun ni?"Nana kembali dengan suaranya yang asal.
"Seb...seb..sebenarnya...aku dah tahu semua benda ni akan jadi...tap...tap..tapi...aku tak sangka pula sampai jadi teruk macam ni..."Habis sahaja ayatnya,Linda merasakan pipi sebelah kanannya perit dan bagaikan ada cecair yang mengalir keluar dari tepi bibirnya.
"Sanggup kau kan?Sanggup kau buat kiteorang semua macam ni.Aku tak sangka kau macam ni Azlinda.Terima kasih..terima kasih sebab buat kiteorang semua macam ni..tak sangka kan..orang yang Pieqa percaya...sanggup buat dia macam ni...Wau! Wau! Wau...Well done beb...WELL DONE!"Nana menepuk bahu Linda dan terus berlalu dari situ meninggalkan Linda yang masih tunduk merenung jalan raya.
Azie melepaskan Danial dan pergi kearah Linda
"Tahniah beb...tahniah sebab dah berjaya musnahkan persahabatan kita...tahniah.."Azie menepuk-nepuk bahu Linda dan turut berjalan pergi,tetapi beberapa langkah dia berjalan dia berpusing memandang Linda.
"Ni baru aku dengan Nana yang tahu..kau fikir sendiri kalau Pieqa dapat tahu..or..kalau Pieqa sempat dapat tahu...sebab..kau kan terlibat dalam kes ni...so tak mustahillah kau nak Pieqa matikan?...hmm...hebat permainan kau...selama bertahun kau dekat Mesir...kau memang fikir nak lenyapkan kiteorang ke Lin?Apa susah Lin...kau ambil pistol Pieqa...kau tembak je kiteorang...lagi senang...tak payah kau nak habiskan duit upah orang untuk buat kerja kau ni...sekurang-kurangnya kau puas hati...sebab dapat lenyapkan kiteorang guna TANGAN SENDIRI!"Azie pergi meninggalkan Linda yang sedang menangis disitu.
"Linda...this is small matter okey...so just cool..."Danial membetulkan bajunya sedikit.
"Ni semua salahhh....KAU!...kau berambus dari sini...kalau tak disebabkan kau culik adik aku..aku tak akan ikut cakap KAULAH!...sekarang ni semua orang benci aku...semuanya salah KAU!"Linda sudah menjerit-jerit bagai orang gila disitu dan bangun ingin menampar Danial.
"Kau dah berani kan sekarang?...kau lupa atau pura-pura lupa yang aku ada sesuatu yang sangat berharga bagi kau...your sister...still remember?"Danial tersenyum jahat.
"Apa-apa jadi dekat adik aku...satu keturunan kau aku cari...aku tak kesah kalau aku terpaksa bunuh orang untuk selamatkan adik aku...tapi aku lagi tak kesah kalau aku kena BUNUH KAU DENGAN TANGAN AKU SENDIRI"Linda berlalu pergi dari situ meninggalkan Danial yang bagaimana masih cuba menghadam apa yang disampaikan oleh Linda.
"Heh...aku tak akan biarkan semua tu jadi...never.."Danial tersenyum penuh makna dan turut berlalu dari situ.
Tanpa mereka sedar,semua perbuatan dan percakapan mereka telah dirakam oleh seseorang.
"Hello Cik...saya dah dapat tahu siapa dalang semua ni"Lelaki itu bercakap dengan seseorang melalui telefonnya.
"Good...see you in my office.."Wanita itu meletakkan telefonnya.
"Kau akan tanggung semua benda yang kau dah buat dekat adik aku"Wanita itu bercakap berseorang di dalam biliknya.
"Aku tak akan pernah mengaku dia kawan aku selagi dia tak beritahu aku perkara sebenar!"Nana menghempaskan tubuhnya di atas sofa.
"Sabarlah beb...kita siasat dulu apa dah jadi sebenarnya..kau dengan aku pun kenal kan Linda tu macam mana...dia tak akan buat sesuatu benda tu tanpa sebab"Azie cuba menyejukkan Nana.
"Tapi kenapa dia tak bagitahu kita..kau tahu tak..aku dengan Pieqa yang paling excited masa dapat tahu dia balik sini.."Nana berkata lemah.
"Ye...aku tahu tu..tapi kita tak boleh hukum dia macam tu je...dia tu kawan kita dah lama Nana..tak mungkin dia sanggup buat kita macam ni tanpa sebab..."Azie masih cuba membela Linda walaupun dalam hatinya juga tidak berpuas hati dengan perbuatan Linda.
"Danial.."Nana tiba-tiba menyebut nama Danial.
"Kenapa dengan Danial?"Azie bertanya pelik.
"Semua ni sebab dia...kalau dia tak muncul semula depan Pieqa..semua benda ni tak akan jadi..semua ni sebab dia..dari dulu sampai sekarang..dia memang tak suka dekat Pieqa..sebab tu dia nak musnahkan hidup Pieqa.."Nana tiba-tiba menggenggam kuat tangannya.
"Wait..wait..maksudnya...Pieqa memang dah kenal Daniallah sebelum ni?..jadi selama ni yang dia cakap tak kenal Danial semua benda tu..tu semua tipulah?"Azie memandang Nana meminta jawapan.
"Hmm...lebih kurang macam tulah...aku dapat tahu semua benda ni pun...ibu yang cerita..kalau kau nak tahu...Pieqa tu dah confius dengan perasaan dia.."Nana mengendurkan suaranya.
"Maksudnya?"Azie membuat muka tidak faham.
"Dia still cintakan Danial...tapi dalam masa yang sama dia benci dan berdendam dengan Danial sebab tipu dia and buat kita semua macam ni..."Nana menerangkan kepada Azie.
"Ooo...patutlah masa mula-mula semua benda ni jadi..Pieqa pergi settle dengan Danial sorang-sorang...okey faham..."Azie mengangguk beberapa kali.
"Dah...sekarang ni kita fik....."Belum sempat Nana menghabiskan ayatnya loceng rumahnya berbunyi menandakan ada orang datang.
"Hish...siapa yang datang tak diundang ni.."Nana bangun dan pergi membuka pintu.
Sebaik sahaja Nana membuka pintu.Darahnya terus naik kemuka menahan marah apabila melihat Linda yang menekan loceng rumahnya.
"Kau nak apa?"Dingin sahaja suara Nana.
"Tolong aku...dan aku akan explain semua..."Linda memandang tepat kearah Nana dan Azie yang baru sampai di muka pintu.
YOU ARE READING
BENCI ATAU CINTA?
Romance"Umi dengan Aunty dah siapkan semua..korang ada masa lagi 5 bulan kenal antara satu sama lain semula"-Puan Sri Zahirah "Sorry umi...Dan tak boleh...Terutama dengan die ni..mimpi ngeri Dan"-Daniel "What??!!..mimpi ngeri??...kau ingat aku nak sangatla...