BAB 23

379 11 0
                                        

"Sofea anddd Daniel?"Ana memandang kearah Shaf.Nana yang sudah melangkah keluar dari kereta terus masuk semula setelah mendengar kata-kata Ana.

"Dah kenapa kau pandang aku?"Shaf menolak pipi Ana.

"Ish kau ni..tu tindakan drastiklah pandang kau..."Ana menggosok pipinya yang ditolak oleh Shaf.

Mereka yang lain hanya menggeleng kepala melihat mereka berdua.Semua mata kembali tertumpu pada Sofea dan Daniel yang sedang duduk di bangku berhampiran tempat parking kereta.Sofea dan Daniel dilihat seperti sedang membincangkan sesuatu atau lebih tepat sedang bergaduh,
sebab Sofea menjerit bagai orang gila dekat situ.Mereka tahu Sofea menjerit pun kerana tingkap kereta dibuka sedikit oleh Shaf.

"Pieqa...Sofea dengan Daniel bergaduh lah.."Linda berkata sambil tangannya menepuk belakang Shaf.

"Aku tahulah dieorang bergaduh tapi yang kau pergi tepuk belakang aku ni dah kenapa?..nak cari gaduh juga ke apa?"Shaf berpusing memandang Linda.Linda hanya senyum tayang gigi mendengar kata-kata Shaf.

Mereka semua kembali mendengar perbualan Sofea dan Daniel.Semua terkejut apabila Sofea bangun menampar Daniel.

"You memang tak sayang I.I tak kira,walau macam mane sekali pun,I akan teruskan rancangan I,I tak kesah you nak ikut rancangan I or tak..tapi you ingat Daniel,
kalau geng dieorang I tak dapat lenyapkan..you I lenyapkan!"Sofea terus berlalu dari situ meninggalkan Daniel yang masih terkejut mendengar ayat yang dikeluarkan dari mulut Sofea.

Mereka semua berpandangan sesama sendiri dan akhir sekali memandang Shaf seorang.

"Jadi sebab nilah dia upah orang tikam salah seorang geng kita..aku rase itu amaran untuk kita semualah.."Azie berkata sambil matanya memandang kearah bangku kosong yang diduduki oleh Daniel dan Sofea sebentar tadi.

Sedang mereka berlima berbincang didalam kereta,tiba-tiba ada orang mengetuk cermin kereta belah Shaf.Semua mata terkejut melihat orang yang mengetuk cermin kereta mereka.Shaf menarik nafas dan menurunkan cermin keretanya.

"Ha nak ape?"Shaf bertanya bersahaja kepada orang itu.

"Berapa lama dah duduk dekat sini?"Daniel bertanya dengan wajah bengis.

"Baru sampai,kenapa?"Shaf menjawab tanpa memandang Daniel dan mematikan enjin keretanya.

"Jangan ingat aku tak tahu yang kau dah lama sampai dan sengaja parking dekat sini sebab nak dengar perbualan aku dengan Sofea kan?!"Daniel tiba-tiba menengking.

"Eh kau...yang tiba-tiba nak tengking aku ni dah kenapa..macam dia sorang je pandai menengking,orang lain tak pandai...ha ada bukti yang aku sampai sini dah lama?..ada?..ada?..
takde kan...so jangan nak main tuduh je.."Shaf masih dengan nada suara yang sama walaupun Daniel sudah menengkingnya sambil membuka pintu keretanya untuk keluar.

"Kau ingat kau pakai kereta lain,cermin gelap 99% aku tak tahulah yang kereta ni kereta kau?..aku dah tengok kereta ni mase dekat garaj rumah aunty haritu..walaupun mase tu kereta ni tak ada no flat lagi..tapi aku kenal ni kereta kau..jangan mimpi nak tipu akulah.."Daniel berkata separuh mengejek.

Shaf menelan air liur.Memang die sengaja menyuruh anak driver ibunya untuk mencabut no flat kereta itu dan ditutup dengan kain,sebab kereta itu kereta yang dulu selalu dia bawa pergi belasah orang.Setiap seorang daripada mereka berenam pun ada kereta model yang sama tetapi lain warna.Sebab itu ramai yang tidak boleh mengesan mereka berenam.

"Hahahaha..oh ya?..aku tak tanya kau kenal ke tak kereta aku..yang aku tanya..bukti..ha mana bukti yang aku ada dekat sini dari tadi?"Shaf masih seperti tadi,berlagak seperti tidak faham apa yang dikatakan oleh Daniel.

BENCI ATAU CINTA?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang