Bab 35

380 16 5
                                        

"Dapatkan Daniel malam ni juga...dia ada urusan yang belum selesai dengan aku"Rossa merenung anak buahnya tajam sebelum mengarahkan mereka supaya pergi.

Nana masuk kedalam wad Shaf dengan perlahan-lahan.Masuk hari ini sudah sebulan Shaf tidak sedarkan diri.Ana dan Syah sudah dibenarkan keluar seminggu yang lepas dan sekarang hanya tinggal Shaf sahaja yang masih terlantar.Assigment Shaf sudah disiapkan oleh mereka berlima dan yang paling penting sekarang,mereka sudah berbaik dengan Linda.Kawan dah lama,nak bergaduh buat apa lagipun mereka semua tahu apa yang terjadi bukan salah Linda.Kalau Shaf sedar pun mesti Shaf dah maafkan Linda.Jadi untuk apa mereka berdendam.

"Bilalah kau nak bangun Pieqa...penat tau kiteorang tunggu kau...kiteorang dah tolong siapkan assigment kau..Tak sangka kau buat assigment tu laju gila..kiteorang just tolong siapkan yang mana kau tak siap je..Miss Fazila cakap dia tak nak tengok kau ulang sem..selamat Kak Rossa buka laptop kau..kalau tidak kiteorang pun tak tahu yang kau dah nak siap assigment tu..yang kau ni bila nak bangun...penat bhai aku ngan dieorang tunggu kau..kau ni kalau dah tidurr..tak ingat nak bangun dah...hahaha...ishh...ishh.."Ketawa Nana diganti dengan esakan.Sungguh dia merindui gelagat sahabat karibnya yang seorang ini.

"Nana..."Nana berpaling ke arah suara yang memanggilnya.

Muqriz menghampiri Nana yang sedang teresak.Nana mengangkat mukanya yang sudah lencun dengan air mata dan matanya tepat memandang anak mata Muqriz.Hampir sahaja telefon di tangannya terlepas apabila melihat Nana.

Kali pertama dia melihat wanita yang bertahta dihatinya mengalirkan air mata.Kalau sekarang ini wanita dihadapannya itu sudah halal dengannya sudah dipeluk wanita itu untuk menenangkannya.

"Nana..jom keluar..waktu melawat dah nak habis ni..kita doa supaya Pieqa cepat sedar eee...dah jom.."Muqriz menepuk perlahan bahu Nana.Nana hanya menurut dengan langkah yang lemah Nana melangkah keluar dari wad Shaf.

Muqriz berbaik hati untuk menghantar Nana pulang dan Nana hanya menurut.Di dalam kereta hanya bunyi radio yang kedengaran dan diselang-seli dengan esakan Nana.Muqriz yang sudah hilang fokus mendengar esakan Nana terus memberhentikan keretanya dibahu jalan.

"Nana..be strong..Pieqa akan sedarlah..janganlah nangis sampai macam ni..daripada awak menangis,baik awak berdoa minta supaya Pieqa cepat sedar..."Muqriz memandang Nana yang berada disebelahnya.

"Saya bukan menangis sebab tulah..."Perlahan sahaja suara Nana kedengaran oleh Muqriz.

"Habis tu sebab apa?"Muqriz menggaru kepalanya tidak gatal.Tak akanlah wanita yang disebelahnya ini sudah sakit jiwa kot.

Nana menuding jarinya kearah bahu kanan Muqriz.

"Ba..bahu awak ber..berdarah.."Muqriz terus melihat bahu kanannya.Satu kerutan timbul di dahinya,macam mana dia boleh tidak perasaan bahunya berdarah.

Patutlah Nana dari tadi menangis.Nana ni pelik sikit.Selalu orang tengok darah pengsan,tapi dia tengok darah menangis.Yang lagi peliknya dulu dia tak macam tu tak tahu kenapa tiba-tiba dia jadi macam tu.

"Lah..kenapa tak bagitahu awal-awal tadi..dah tahu awak tu tak boleh tengok darah.."Muqriz segera mencapai jaketnya yang bergantung di tempat duduk belakang.

"Saya..ingat awak sengaja biarkan.."Nana menjawab perlahan.

"Awak ingat saya ni gila ke nak biarkan..hish lah budak ni.."Muqriz sudah menyalakan signal untuk masuk semula ke laluan jalan raya.

Semasa dalam perjalanan,mereka terserempak dengan satu kemalangan menyebabkan kesesakan lalulintas.Muqriz bersuara bagi menghilangkan rasa bosan.

"Nana..nak tanya sikit boleh?"Muqriz memperlahankan radio.

BENCI ATAU CINTA?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang