BAB 17

406 13 0
                                    

"Woi perempuan!" Ilya menghentak meja dihadapan Shaf.

Shaf mendongakkan sedikit kepalanya dan kembali semula membaca buku di tangannya.

"Aku nak kau jauhkan diri kau dari Daniel. Kalau tak nahas kau!" Ilya memberi amaran kepada Shaf.

Shaf yang kusyuk membaca buku terus menutup dan melemparkan bukunya ke atas meja. Shaf menanggalkan headphone di kepala dan menyadarkan badannya dikerusi sambil menyilangkan tanganya. Matanya tepat memandang kearah Ilya.

"Well.well.well. Hotchick cari aku semata-mata nak warning aku pasal benda ni?" Shaf menjongketkan sebelah keningnya.

"Kau ingat aku nak sangatlah cari kau! Aku cuma nak bagi kau amaran. Sekali lagi aku nampak kau dekat dengan dia, nahas kau!" Ilya yang ingin berlalu dari situ terus berhenti apabila dia merasakan sakit di belakang kepalanya seperti di baling dengan benda keras.

Apabila dia memusingkan badannya, dia melihat Shaf sedang membuat thumbs up kepadanya.

"Opss. Terbaling pula, dah alang-alang kau berhenti kan, apa kata kau tolong ambilkan buku aku yang mendarat dekat kepala kau tadi" Ilya mengambil buku itu dan membalingnya semula kearah Shaf.

Dia sangkakan yang Shaf akan mengelak atau terkena buku itu tetapi jangkaannya meleset apabila Shaf menyambut cantik buku itu.

"Thank you and one more thing cik Ilya Qisya. Better kau jaga mulut kau bila bercakap dengan aku, sebab aku takut kalau lepas ni aku tak sengaja terkoyakkan mulut kau. Well, I think you know what I can do right?" Shaf hanya tersenyum sinis memandang Ilya.

Ilya mendengus geram dan terus berlalu pergi. Shaf mengambil begnya dan terus menuju ke arah kafe. Sudah hilang moodnya untuk study, ini semua angkara minah sewel tu. Shaf hanya duduk melayan perasaan disitu. Sedang dia mengelamun. Dia mendengar ada orang berdeham di belakangnya.

"Jauh termenung cik kak...kau kene attack dengan Ilya kan?" Azie menyoal Shaf yang masih dengan dunianya.

Shaf hanya menghela nafas panjang dan mengangguk. Azie hanya mampu menggeleng kepala.

"Tak faham betul aku dengan dia tu. Semua budak lelaki yang rapat dengan kau semua dia nak rampas. Kenapa? Dia tu dah tak laku sangat ke" Azie mendengus geram.

Sambil mulutnya membebel dia sempat mengerling jam di tangannya. "Ha, ni lagi satu yang buat aku panas, janji habis kelas terus sampai. Ini dah nak dekat satu jam habis kelas tak sampai-sampai. Sesat jalan ke apa" Shaf hanya menggeleng kepala melihat perangai Azie.

Dari dulu sampai sekarang, kalau membebel seminggu tak habis, macam manalah kalau dah kahwin nanti.

"Assalamualaikum.." Nana memberi salam kepada Azie dan Shaf dan menarik kerusi di hadapan Shaf.

"Pukul berapa kau habis kelas sebenarnya? Dah berkulat aku tunggu kau dekat sini, kau sesat jalan ke apa?" Azie meneruskan kembali bebelannya.

Nana hanya buat tidak dengar dan pergi memesan makanan. Shaf yang sudah tidak tahan mendengar bebelan Azie akhirnya bersuara juga.

"Dahlah Zie, penatlah aku dengar kau membebel, kau ni macam orang tualah" Azie yang mendengar perkataan 'tua' terus berhenti membebel. Memang pantang baginya kalau ada orang yang mengatakan bahawa dirinya tua.

"TUA?!" Azie dah bengang gila dengan Shaf.

"Yup, TUA. Sebab orang tua je yang membebel tak berhenti macam kau ni..habislah kau...tua sebelum usia..tak ada dah orang nak dekat kau lepas ni." Shaf menakut-nakutkan Azie.

BENCI ATAU CINTA?Where stories live. Discover now