BAB 49

317 8 3
                                        

"SHAF!" Daniel yang sudah dibuka mukanya menjerit melihat Shaf yang tersungkur di lantai.

Shaf mengerang kesakitan. Dia melihat kaki kirinya yang di tembak sudah basah dengan darah.

"Kau mainkan aku!"

"Ehh.. Haahlah. Aku lupa nak cakap yang ada peraturan untuk kau ambil buah hati kau ni. Setiap satu langkah kau jalan untuk sampai ke buah hati kau ni. Anak buah aku akan tembak badan kau. Best kan?" Dato' Khalid bersuara mengejek.

Shaf rasa seperti dirinya telah diperbodohkan. Kaki yang sakit diabaikan. Dia gagahkan diri untuk berdiri. Nyawanya? Itu sudah tidak penting. Keselamatan Daniel ketika itu adalah keutamaannya.

"Ha lagi satu. Kau kena sampai dekat buah hati kau ni dalam masa 5 minit. Kalau tidak aku.... Bang! Kepala dia.. Hahahaha"

Shaf terdiam seketika. Bunyi jam berdetik sangat kuat di dalam kawasan itu. Shaf mula mengira-ngira jaraknya dengan Daniel. Otaknya tidak mampu berfikiran waras ketika itu.

"Awak dengar cakap saya, jangan bergerak walaupun selangkah. Sayanggg. Sayang dengar cakap abang sayang. Please sayang." Daniel cuba menghalang Shaf daripada datang ke arahnya.

Shaf melihat Daniel sambil matanya berkaca. Masanya sudah semakin suntuk. Dia tahu, walaupun dia mampu selamatkan Daniel ketika itu. Dato' Khalid tetap akan membunuh mereka berdua. Tapi sekurang-kurangnya dia mampu lengahkan masa supaya Qayyum sempat sampai di situ.

Dia melompat dan BANG!

Tangannya ditembak di bahagian bahu. Shaf memegang tangannya. Baru sahaja dia ingin melompat lagi, pintu gudang itu sudah pecah dirempuh. Polis menyerbu masuk. Dato' Khalid tersenyum. Shaf mula berasa tidak sedap hati dengan senyuman itu. Daniel yang entah dari mana datang kekuatannya menyiku perut anak buah Dato' Khalid dan meluru ke arah Shaf.

"Times up. BANG!"

BANG! BANG! BANG!

3 bulan telah berlalu. Daniel masih duduk termenung di balkoni biliknya. Puan Sri Zahirah yang sudah masuk ke dalam biliknya pun dia tidak perasan. Puan Sri Zahirah sayu melihat anaknya.

"Daniel. Sampai bila kamu nak macam ni sayang. Umi risau tahu tak." Puan Sri Zahirah menggosok-gosok belakang anaknya.

"Daniel bodoh umi. Daniel penyebab segalanya." Peristiwa 3 bulan lalu kembali bermain di fikirannya.

"DANIEL!" Shaf melompat ke arah Daniel dan memeluknya. Peluru yang sepatutnya singgah di badan Daniel dihalang oleh badannya. Shaf rebah di pelukan Daniel.

"Shaf bangun Shaf. Sayang bangun sayang. Jangan tinggalkan abang. Qayyum call ambulans cepat Qayyum!" Daniel meriba Shaf.

"Ja.. Ja.. Jangan risau.. Sa..sa..sa.. Saya okey" Shaf muntah darah dan tidak sedarkan diri. Dato' Khalid telah mati disitu kerana ditembak oleh polis.

Ya. Koma. Shaf telah disahkan koma. 3 bulan sudah berlalu dah Shaf masih tidak sedarkan diri.

"Daniel. Daniel tak bodoh sayang. Sekarang ni Daniel siap-siap. Daniel ikut umi pergi tengok Shaf nak?" Puan Sri Zahirah memujuk anaknya perlahan. Daniel hanya mengangguk perlahan.

Rossa merenung adiknya yang masih terbaring tidak sedarkan diri. Keluhan berat terlepas dari mulutnya. Pnggilan doktor pagi itu sudah meragut separuh dari kekuatannya.

"Selamat pagi Cik Rossa. Kami harap Cik Rossa dapat hadir ke hospital secepat mungkin. Ini berkenaan keadaan adik Cik Rossa."

Rossa bergegas ke hospital. Kerjanya yang bertimbun langsung tidak diendahkan. Yang penting baginya ketika itu adalah adiknya sahaja.

BENCI ATAU CINTA?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang