BAB 13

478 15 0
                                    

Daniel berlari kearah Shaf yang sedang duduk termenung di sebuah bangku di taman tersebut.

"Ehem! Shaf, kau okey ke tak ni? Dari tadi aku tengok kau termenung, kau ada masalah ke? kalau ada, sharelah dengan aku, mana tahu aku boleh tolong" Daniel duduk bersila di atas rumput dihadapan Shaf.

Shaf tidak menjawab pertanyaan Daniel malah dia terus bangun dan berlalu dari situ. Daniel yang duduk terus bangun mengekori Shaf. Shaf yang perasan Daniel mengekori terus berhenti dan memusingkan badannya menghadap Daniel.

"Kalau kau nak ikut aku, jalan depan aku, jangan jalan belakang aku. Aku tak suka."

"Ha?..ohh...okey.." Daniel terus berjalan mendahului Shaf.

Selang beberapa minit mereka berjalan. Shaf berhenti di sebuah pondok di kawasan taman itu. Daniel mengambil tempat dihadapan Shaf.

"Shaf, kau kenapa? Ceritalah dekat aku, ni dah kali ke-35 aku tanya kau. Ke kau memang tak nak share dengan aku." Daniel memerhatikan Shaf yang langsung tidak memberi reaksi tanda-tanda yang dia akan menjawab persoalannya.

"Okeylah, aku balik dulu,  duduk sini pun bukannya ada funtion." Daniel sudah bangun dari duduknya dan ingin melangkah pergi.

Tiba-tiba dia dengar bunyi tangisan. Daniel memusingkan badannya dan dia melihat Shaf sedang menutup mukanya dengan tapak tangan.

"Aku ni bodoh ke?" Shaf menanyakan soalan kepada Daniel.

Daniel yang berdiri terus duduk semula di tempatnya tadi.

"Siapa cakap kau bodoh?"

"Tapi dia cakap aku bodoh just sebab aku percaya cakap Hafizi. Dia tak pernah marah aku. Dia tak pernah marah aku macam mana dia marah aku tadi." Shaf meraup mukanya dan memandang kearah Daniel.

"Apa maksud kau 'dia'?" Daniel masih lagi tidak menjawab soalan Shaf malahan membalasnya dengan soalan.

"Dia tu.. Takde apalah. Aku nak balik, kalau aku cerita dekat kau pun bukannya kau tahu." Shaf mengesat air matanya dan terus bangun dam berlalu dari situ.

Shaf memandu keretanya ke rumah Nana. Mujurlah tadi Kak Rossa menyuruh orang kanannya untuk menghantar kereta kepada Shaf. Sampai sahaja di hadapan rumah Nana, Shaf melihat Nana sudah membuka pintu rumahnya. Shaf memarkirkan keretanya dan keluar berjalan kearah Nana yang berada di muka pintu.

"Kau okey Pieqa?" Nana menegur Shaf yang berdiri dihadapannya.

Shaf hanya membalas pertanyaan Nana dengan senyuman.

"Hmm...jomlah masuk." Nana mengajak Shaf masuk kedalam rumah.

"Nana, tadi aku nampak kau ada bercakap dengan orang kat taman. Orang tu.. Along kan?" Nana yang berjalan disebelah Shaf terus terberhenti.

"Kau nampak ke?" Nana bertanya kepada Shaf.

"Nampak.." Shaf hanya menjawab sepatah dan terus duduk di atas sofa.

"Oowwh.. hmm" Nana terus pergi ke dapur untuk mengambil air kepada Shaf.

"Kau ada nak minta tolong aku ke Nana?" Shaf melihat ke arah Nana yang baru keluar dari dapur sambil memegang dua biji gelas.

"Hmm...tak ada lagi buat masa ni. Ala kau ni, nanti kalau aku ada nak minta tolong kau, aku cakaplah dekat kau. Dah. Ambil air ni minum." Nana menghulurkan gelas yang berisi air kepada Shaf.

"Hmm...yelah.." Shaf terus meminum air yang diberikan oleh Nana.

"Okeylah Pieqa. Aku dah nak masuk tidur ni, kau tak nak tidur lagi ke?" Nana menguap dan terus bangun dari sofa dan menaiki tangga pergi ke biliknya.

"Kau pergilah tidur dulu. Aku tak mengantuk lagi" Shaf kembali memfokuskan matanya kearah televisyen.

"Weh Pieqa bangunlah. Kita dah lambat nak pergi kelas ni." Nana mengoncang-goncang badan Shaf.

"Hmm. Sekejap lah. Ala chill lah. Prof Jun je pun, aku kamceng dengan dia. So sekejaplah" Shaf kembali menarik selimut untuk tidur.

"Tengkorak kau Prof Jun. Hari ini memang kelas Prof Jun, but Prof Jun kan tengah cuti bersalin. So hari ini bukan Prof Jun yang ajar kita." Shaf yang mendengar terus bangun dari tidurnya dan duduk tegak di hadapan Nana.

Shaf menepuk dahinya. Macam manalah dia boleh lupa pasal itu. Apa lagi macam lipas kudunglah mereka berdua. Sampai sahaja mereka di hadapan pintu kelas. Mereka lihat Prof baru mereka sedang berjalan kearah kelas mereka.

"Okey semua, saya Prof Hani. Saya akan gantikan Prof Jun untuk sementara waktu. Okay semua, sila hantar assigment yang Prof Jun suruh awak buat tu." Prof Hani terus memulakan sesi pembelajaran.

Knock knock

Semua mata memandang kearah pintu.

"Maaf Prof. Saya lambat. Saya mahasiswa dari UK yang transfer disini minggu lepas" Mahasiswa itu menunduk sedikit kepada Prof Hani sebagai tanda hormat.

"Oowwh okay. Awak boleh masuk dan duduk di tempat awak" Prof Hani menyambung semula sesi pembelajarannya.

Mahasiswa itu mengambil tempat duduk betul-betul dibelakang Nana.

"Ehem! Hai Nana. Tak sangka pula satu universiti dengan kau" Mahasiswa itu mengetuk bahu Nana mengunakan pennya.

Nana pusing ke belakang dan alangkah terkejutnya Nana bila dia melihat wajah mahasiswa yang duduk dibelakangnya.

"A...aw..awak" Dalam hati Nana mengutuk dirinya sendiri.

'Kenapalah tadi aku tak tengok masa kau masuk tadi Muqriz, kalau aku tengok, tak adalah aku terkejut sampai macam ni'

"Hai, ingat lagi kau dekat aku rupenya. Aku ingat kau dah tak kenal aku" Muqriz senyum senget ke arah Nana.

Nana hanya buat tak tahu dan menghalakan pandangannya kembali kearah Prof Hani yang sedang mengajar di hadapan. Muqriz hanya senyum melihat Nana.

'Aku ingat, aku dah tak jumpa kau dah lepas kes dekat taman semalam, tapi tak sangka pula satu U...hahaha...kau memang ditakdirkan untuk akulah Nana'

BENCI ATAU CINTA?Where stories live. Discover now