BAB 16

442 12 0
                                        

"Hmm...doktor, macam mana dengan keadaan die ni?" Afiq menjeling kearah Muqriz.

"Dia ni tak ada apa-apa dah. Tapi kalau boleh, suruh dia kurangkan sikit ketawa dia tu ye.." Doktor Taufiq menjeling ke arah Muqriz yang sedang menayang barisan gigi kearahnya.

"Hmmm....boleh aku tanya something tak?" Taufiq dan Afiq pandang kearah Muqriz serentak.

"Kenapa korang bercakap formal sangat?" Muqriz memandang pelik kearah Afiq.

"Dah tu kau nak suruh aku cakap macam mana? Dah nama pun bercakap dengan doktor. Lainlah kalau bercakap dengan kawan sendiri" Afiq berjalan menuju ke arah sofa untuk duduk.

"Errr....Fiq!".

"Ape?!" Afiq menjawab geram sambil matanya ralit melihat ke dalam telefon pintarnya.

"Seriously kau tak kenal Taufiq?" Muqriz bertanya Afiq.

"Yaaaa....aku tak kenal" Afiq menjawab ragu-ragu.

Doktor Taufiq hanya menahan gelak melihat mereka berdua.

"Fiq!...Dia ni Arasy lah wei!" Muqriz sudah tergelak melihat Afiq yang secara automatiknya berdiri dan menilik muka Doktor Taufiq.

"Arasy? Arasy Taufiq Bin Ismail? Seriuosly kau Arasy?! Mana cermin mata kau? Mana jerawat kau? Mana rambut skema kau? Mana muka nerd kau?" Taufiq sudah berdekah ketawa mendengar soalan yang keluar dari mulut Afiq.

"Wowowo...ni terkejut sambil kutuk ke apa ni? tu dululah bro, zaman nerd aku dah tamat. Sekarang ni zaman cool aku dah bermula" Taufiq senyum sambil mengangkat sebelah keningnya dan membetulkan kolar kot doktornya.

"Puih! Bapak skema ayat kau, geli bulu hidung aku dengar. Tapi realiti bro, aku memang tak kenal kau. Kau lain gila bro. Macho gila kau sekarang, tapi aku lagi macholah" Sempat lagi Afiq memuji diri sendiri.

"Alah. Dah start dah masuk lift tekan sendiri budak ni!." Taufiq membuat muka meluat.

Afiq yang melihat reaksi Taufiq, laju sahaja tangannya menumbuk perut Taufiq.

"Aduh...sakitlah!" Taufiq menekan perutnya yang sakit.

Muqriz hanya mampu ketawa melihat gelagat dua orang sahabatnya itu. Sedang mereka bertiga rancak berbual, pintu bilik Muqriz dibuka.

"Maaf..Doktor Taufiq! Emergency dekat wad VVIP 13!" Taufiq terus berlari keluar menuju kearah wad VVIP 13 diikuti dengan jururawat yang memaklumkan kepadanya tadi.

"Susahnyalah jadi doktor kan..berlari sana berlari sini.." Afiq bercakap sambil matanya melilau melihat bilik Muqriz.

"Hmm...Fiq..aku nak tidur dululah." Muqriz terus berbaring dan menutup matanya.

Afiq hanya terkebil-kebil memandang Muqriz.

"Dah tu, kalau kau tidur, aku nak bercakap dengan siapa? Alahai, aku join tidur sekalilah." Afiq bangun menuju kearah sofa dan menghempas badannya diatas sofa.

Shaf memecut laju keretanya apabila dia melihat jam sudah menjangkau ke angka 9 pagi.

"Matilah aku. Dahlah pagi ni kelas Prof Godzilla." Shaf memarkirkan keretanya dan terus berlari menuju ke kelasnya.

BEDEBUK!!!

"Aduhh..Macam manalah aku boleh tak nampak dinding kat sini.." Shaf menggosok kepalanya tetapi matanya masih melihat lantai.

"Ehem! Masa bila pulak aku jadi dinding, kau tu yang marathon tak ingat dunia."
Shaf terus mengangkat mukanya apabila mendengar ada suara yang menegurnya.

"Hish! Kau lagi. Tepilah! Aku dah lambat dah ni, kalau kau nak cari pasal dengan aku, tunggu aku habis kelas ye. Okay bye" Shaf bangun dan terus menyambung lariannya.

"Finally. Sempat" Shaf terus masuk dan duduk disebelah Nana.

Shaf perasan ade sesuatu yang tidak kena dengan Nana, tetapi dia tidak sempat bertanya kerana Prof Azila sudah masuk dan mata Prof Azila tertumpu padanya.

"Okay Shaf. Saya rasa awak baru sampai kan, sebab setahu saya, sebelum saya keluar tadi, rasanya awak tiada, betul tak?" Prof Azila merenung Shaf dengan tajam.

Memang pantang baginya kalau ada pelajar yang datang lambat ke kelasnya. Shaf bangun perlahan-lahan dan berjalan menuju kearah Prof Azila.

"Err...sorry Prof i'm late" Shaf menunduk.

"So, I think you know what you should do when you are late right?" Prof Azila merenung tajam kearah Shaf.

"Yes i know...but...i still come to your class right?" Shaf mengangkat mukanya ingin membela diri.

"Do I look like i care?. GET OUT FROM MY CLASS NOW!" Prof Azila menengking Shaf.

"Okay fine. I'm go now, but prof, can i take my bag first?"

"Go ahead and get out" Prof Azila terus menyambung pengajarannya selepas Shaf keluar.

"Aduh, nak lepak mana ni..hmm..kafe je lah jawabnya. Hei lah godzilla..lambat sikit dah kena halau." Shaf mengeluh perlahan.

"Banyaklah kau punya sikit, setengah jam kau lambat kelas dia. Mahunya tak mengamuk godzilla tu" Shaf terus menoleh ke belakang apabila ada suara yang menyampuk cakapnya.

"Laa..kau lagi, aku ni kene badi kau ke sampai pergi semua tempat aku pergi mesti jumpa kau...haduyai" Shaf memakai headphone dan terus berjalan tanpa menghiraukan Daniel yang sedang bercakap dengannya.

'Daripada aku layan dia ni..lebih baik aku pergi library study'.Shaf bermonolog sendiri.

'Heilah minah ni...aku bercakap dengan dia ibarat bercakap dengan tunggul..baik aku bercakap dengan makcik cleaner dari aku bercakap dengan kau..nasib baiklah aku nak pergi melawat Muqriz..kalau tak dah lama dah minah ni kena dengan aku.' Daniel bermonolog sendirian sambil mengatur langkah menuju ke arah keretanya.

BENCI ATAU CINTA?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang