"Dah habis tengok video tu kan...so..akak nak tanya...kenapa tak beritahu akak yang korang dah tahu siapa punya angkara semua ni jadi.."Kak Rossa memandang Nana dan Azie dengan pandangan membunuh.
Azie menyiku Nana menyuruh Nana menjawab.
"Errr...kiteorang bukan tak nak bagitahu...tapi..."Nana memikirkan kata-kata yang sesuai untuk memberitahu Kak Rossa."TAPI APE?!!"Kak Rossa menengking dan terus bangun dari duduknya sambil matanya memandang Nana dan Azie tajam.
Azie dan Nana terdiam melihat diri Kak Rossa sekarang.Belum pernah lagi selama mereka kenal dengan Kak Rossa,Kak Rossa menengking mereka.
"Ma..maa..maaf..maafkan kiteorang...kiteorang ingatkan nak tung...."Belum sempat Nana menghabiskan ayatnya,Kak Rossa sudah memotong.
"Jangan nak minta maaf kalau tak ikhlas...jangan nak minta maaf kalau rasa dia sendiri betul...korang nak tunggu apa?...nak tunggu sampai korang dua orang pun ikut kena sama macam Shaf,Ana dengan Syah kena?...nak tunggu masa tu baru nak bagitahu?"Kak Rossa melihat mereka berdua dengan pandangan membunuh.
Nana dan Azie diam tidak berkutik.Hanya air mata mereka yang hanya mampu mengalir ketika itu.Kak Zila pun hanya mampu berdiam diri.Dia sudah tahu perangai Rossa apabila sedang marah,tiada siapa boleh redakan kecuali adiknya sendiri iaitu Shaf.
"Azie!"Kak Rossa memanggil nama Azie kuat.
Perlahan-lahan Azie mengangkat mukanya memandang Kak Rossa.Tetapi suaranya bagaikan tersekat untuk menyahut panggilan Kak Rossa.
"Pinjam bodyguard Raziq untuk ape?...untuk cari budak ni.."Kak Rossa memberi isyarat kepada anak buahnya supaya memanggil orang itu masuk.
Azie dan Nana melihat kearah budak perempuan yang sedang berdiri di muka pintu.
"Kak Azie..Kak Nana?"Budak perempuan itu bertanya pelik.
"Liana?..how..how you...arrghh..."Azie meraup mukanya kasar.
"Kak Rossa..ape semua ni?"Liana memandang Kak Rossa meminta jawapan.
"Liana keluar dulu...nanti akak terangkan..."Liana hanya patuh dengan arahan Kak Rossa.
"Pelik?...pelik sebab Liana ada dekat sini?...nak tahu jawapan die?...sebab akak yang selamatkan die...masa die nak kena culik...akak yang pergi selamatkan...akak yang suruh die sembunyikan diri..."Kak Rossa menarik nafasnya untuk menenangkan diri sedikit.
"Tapi...kenapa kiteorang yang kena...sepatutnya akak marah Linda...bukan kiteorang!"Nana mengangkat mukanya memandang Kak Rossa dan suara Nana naik satu oktaf.
Kak Rossa menjeling tajam kearah Nana menyebabkan dia tertunduk kembali.
"Kenapa?...sebab Linda dah kena sebelum korang kena.."Kak Rossa mengisyaratkan anak buahnya supaya menyuruh Linda masuk.
"Linda?"Lagi sekali Nana dan Azie dikejutkan.
"Linda duduk dekat sebelah Nana"Kak Rossa memberi arahan.
Linda berjalan terhinjut-injut kearah Nana dan Azie.Nana dan Azie hanya memerhati kaki Linda yang berbalut.Timbul juga rasa kasihan di hati mereka tetapi rasa marah mereka dengan perbuatan Linda membuat rasa kasihan itu hilang.
"Semua ikut kepala sendiri..Linda..lain kali kalau jadi apa-apa bagitahu..ni senyap je..lepastu berlagak macam semua benda boleh settle sendiri..Daniel tu tunggu masa je nak jahanamkan korang..."Kak Rossa sudah mula membebel.
Azie,Linda dan Nana tunduk menekur lantai,hendak bersuara tidak ada guna sebab memang salah mereka.Kalau Shaf tak masuk hospital mesti tak jadi macam ni.Hanya itu yang berada di fikiran mereka bertiga.
"Dah...korang boleh keluar...kak Rossa malas nak cakap banyak dengan orang berlagak pandai ni.."Kak Rossa terus menuju ke meja kerjanya dan menyambung semula kerjanya.
"Kiteorang keluar dulu akak..."Mereka bertiga berkata serentak dan terus keluar dari bilik Rossa.
"Tak guna kau Daniel..kau tipu aku!"Linda mengepal-ngepal penumbuknya.
"Kau settlekan masalah kau dengan Daniel dulu...baru kau boleh muncul depan aku.."Azie menarik Nana dan terus berlalu dari situ meninggalkan Linda yang terpinga-pinga.
Linda melangkah pulang dengan perasaan geram.
"Erghh!!Semua salah aku...macam aku nak sangat semua ni jadi!"Linda menghempas badannya di atas katilnya.
Penat dan rasa sakit kakinya akibat jatuh dari tangga semasa ingin berjumpa Kak Rossa tadi sudah tidak difikirkan.Hanya tinggal sakit dihati yang wajib diselesaikan.Di fikirannya hanya satu iaitu Daniel.
"Macam mana kau mainkan aku..macam tu juga aku mainkan kau Daniel..hahaha"Linda tiba-tiba ketawa,dia mencapai kain tuala yang tersidai di tepi katil dan terus menuju ke bilik mandi.
"Tak guna punya Daniel,dia mainkan kita macam tu je.."Azie mengepal-ngepal penumbuknya menahan geram.
Nana hanya melihat Azie dengan tenang.Dia masih ingat kata-kata Shaf.
Orang nak ajak main game...jangan tolak nanti orang tu terasa...
"Yang kau ni aku tengok cool je dah kenape?"Azie bertanya sambil bercekak pinggang di depan Nana.
"Kau lupa apa yang Shaf pernah cakap?"Nana bertanya sambil mengangkat kening.
"Ape?..aku tak ingat"Azie bertanya semula kepada Nana.
Nana hanya menggeleng kepala.Inilah Hazirah,kalau tengah marah semua benda dia lupa.
"Orang nak ajak main game..jangan tolak nanti orang tu terasa dan jangan bagi dia kalah..nanti dia sedih..kalau dia menang...dia gembira..masa dia gembira..kita pula menang..."Nana tersenyum melafazkan kata-kata itu.
"Ayat tu...thank you Nana...aku dah tahu nak buat apa...jom ikut aku"Azie menarik tangan Nana dan mencapai handbag dan kunci keretanya.
Di dalam kereta hanya suara radio yang kedengaran.Nana malas ingin bersuara.Azie pula fokus pada pemanduannya.
Azie memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah agam.Nana memerhatikan lama rumah itu dan perlahan-lahan matanya membulat.
"Nak buat apa kita datang sini?"Nana memandang Azie meminta jawapan.
"Masa dia gembira..masa kita pula menang.."Azie senyum senget dah terus melangkah keluar dari keretanya.
Nana juga turut melangkah keluar mengikuti Azie.Mereka berdua berdiri dihadapan rumah agam itu.Rumah agam Tan Sri Iskandar.
YOU ARE READING
BENCI ATAU CINTA?
Romance"Umi dengan Aunty dah siapkan semua..korang ada masa lagi 5 bulan kenal antara satu sama lain semula"-Puan Sri Zahirah "Sorry umi...Dan tak boleh...Terutama dengan die ni..mimpi ngeri Dan"-Daniel "What??!!..mimpi ngeri??...kau ingat aku nak sangatla...