Y/n tengah leka menyuap mi goreng di kantin apabila seorang gadis berkulit hitam manis (bukan racist eh ni just jalan cerita je) muncul di depannya. Ada tiga 'konco' setia berdiri di belakang. Y/n tidak mempedulikan mereka dan terus menyuap. Pelajar lain yang menyedari sesuatu bakal berlaku segera berlalu dari tempat itu. Mereka tidak mahu terbabit.
"Hei Y/n! Berani kau rampas boyfriend aku!!!"
"Perempuan macam kau ada boyfriend ke?" ejek y/n tanpa berasa gentar kalau-kalau dia diserang.
"Apa kau cakap? Cuba kau ulang. Aku tak dengarlah!" bentuk gadis itu dengan pipi merona.
"Telinga kau ada problem ke?!!" Jerkah y/n memberanikan diri bertentang mata dengan gadis tersebut.
"Jangan nak berlagak depan aku!"
Y/n menghabiskan baki makanan. Garpu dan sudu diletak di atas meja. Kemudian dia menghela nafas panjang. Tanpa sebarang amaran, y/n bangun dengan pantas lalu menterbalikkan kerusi. Matanya merenung tepat gadis itu dan tiga 'konco' tercegat setia di belakang.
"Aku cukup bengang bila orang kacau aku makan. Hilang selera tengok muka kau!!!" jerit y/n.
Terperanjat gadis depannya.
"Tak sangka... Ada jugak lelaki sanggup jadikan kau girlfriend. Lelaki malang mana agaknya ya? Kau dengar sini baik-baik. Aku tak tahu kau ni siapa dan aku juga tak kenal siapa boyfriend kau yang aku kebas tu. Aku tak ada boyfriend dan tak minat nak berebut boyfriend dengan kau. Okey?! Jangan sampai aku jadi budak baju kuning"
Selama ni gadis itu tidak pernah dicaci dan dikutuk sebegitu rupa depan orang ramai. Apatah lagi melihat api kemarahan y/n memuncak. Siapa sangka...gadis yang begitu garang menangis disergah! Siapa serang siapa sebenarnya? Y/n mendekati gadis itu sambil merenung tajam.
"Aku tak kebas boyfriend kau! Faham tak?!!"
Tanpa belas kasihan y/n menjerit depan mula gadis itu. Air mata so gadis yang membasahi wajah gagal meredakan kemarahan y/n. Siapa tidak sakit hati bila dituduh perampas depan khalayak? Sesiapa saja pasti bertindak begitu. Gadis itu mengangguk beberapa kali. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan gadis cenge depannya ini.
"Dah... Pergi dari sini. Aku tanak tengok muka kau lagi."
Gadis itu dan tiga konconya segera berundur untuk memberi laluan kepada y/n. Pelajar lain yang menyaksikan kejadian itu hanya tercegat dan melopong sampailah loceng berbunyi.
'Siapa tak kenal y/n, pelajar bijak dari kelas terbaik. Dahlah cantik, sopan pulak tu. Tapi satu je kelemahan dia ni. Pantang dicabar dan diusik. Kalau tak kena gaya, memang mendapatlah jawabnya. Sebab itulah dia digelar singa betina. Hmm... Sesuai sangat dengan gelaran kalau sesiapa tengok drama sebabak tadi' desis Chan.