27

26 2 0
                                    

"Dengar cerita kau dapat surat cinta. Betul ke?" tanya ku yang sedang menyiram Gary.

Sempat jugalah aku menjeling riak muka Chan.

"Eh macam mana kau tahu?"

"Kau sikit pun tak baca surat tu. Sampai hati. Lepas tu terus pulangkan kat gadis tu..."

Muka Chan berubah. Mungkin dia terkejut bukan kepalang bila aku cakap macam tu.

"Hmm... Kawan aku yang cakap..." Kataku lagi apabila Chan tidak menjawab.

"Siapa kawan kau?"

"Budak sekelas lah. Kitorang tengok bahas dan masuk Kelab Sastera sama-sama."

"Apa nama dia? Budak yang naik bas dengan kau hari tu ke?"

Bertubi-tubi Chan bertanya. Mesti dia nak tahu siapa yang bocorkan rahsia tentang surat cinta tu. Cuak pulak aku.

"Eh taklah." jawabku selamba.

Harap Chan tak syak orang yang dimaksudkan tu Sana.

"Hmm... Macam mana hubungan kau dengan Felix?"

"Tak ada perkembangan. Biasa je..."

Sejak bermula Felix semasa hari pertama Kelab Sastera, aku tidak pernah bersembang dengan lelaki itu dalam diam.

"Aku rasa kau patut berterus terang kat dia." cadang Chan.

"Terus terang?"

"Yalah... Takkan kau nak pendam je yang kau sukakan dia? Kau kena ambil langkah seterusnya."

"Aku nak berdoa."

"Berdoa apa?"

"Berdoa supaya berlaku keajaiban."

"Kalau macam tu, kau tak payah buat apa-apa. Berdoa jelah." kata Chan kedengaran sinis.

"Selalunya keajaiban berlaku pada masa kita tak jangka pun."

"Hmm..."

Nampaknya Chan tidak puas hati dengan pendapat aku.

'Pertemuan kita adalah keajaiban, Chan. Balkoni kita bersebelahan juga satu keajaiban. Kau jenis pendiam dan aku garang, tapi kita saling memahami dan boleh berkawan. Bukankah ni juga keajaiban? Dan... Mungkin ada keajaiban lain akan datang.'

[C] Bersaksikan Bulan Where stories live. Discover now