40

14 2 0
                                    

Melihat raut y/n yang sedih sambil berlalu pergi, timbul kekesalan di hati Felix.

"Oh rupanya tu kawan kau." tegur ketua pasukan.

Felix tercengang dan tidak faham maksud ketuanya.

"Setiap kali ada pertunjukan tak kiralah kat sekolah atau luar, dia selalu beli tiket dari aku. Selalunya dia datang seorang. Habis je pertunjukan, dia terus balik."

"Selalu ke dia datang?"

"Kalau tak silap, jarang dia miss tengok kau bertanding. Mulanya aku ingatkan dia cuma berminat dengan peruntukan recital. Rupanya dia peminat setia kau."

Felix mula gelisah. Pelbagai persoalan timbul di fikirannya. Adakah y/n sudah lama menyukainya dalam diam? Dia mula rasa bersalah kerana memperlakukan y/n begitu. Hatinya begitu tersentuh melihat raut wajah itu.

Selepas ketua pasukan berlalu pergi, Felix buka sampul surat. Sketch potret dirinya sedang tersenyum. Cantik sangat. Dia tersenyum melihat hasil kreatif gadis itu. Namun seketika kemudian senyumannya mengendur.

'tapi aku dah kecewakan hati dia.' bisik hati kecil Felix.

[C] Bersaksikan Bulan Where stories live. Discover now