69

14 1 0
                                    

Tasik Loch Ness yang terkenal dengan kemunculan makhluk mitos, Nessie terletak di daratan tinggi Scotland. Dari Edinburgh, jaraknya cuma empat jam jika menaiki kereta. Y/n keluar dari hotel lalu berpindah di sebuah motel kecil berdekatan tasik itu.

Motel itu merupakan sebuah vila yang dikelilingi pagar. Bangunannya tiga tingkat dan setiap tingkat ada empat bilik. Puan Sophie, wanita berambut blonde dan berbadan langsing merupakan pemilik motel. Dia cukup mesra melayan tetamu. Dia mendekati y/n yang sedang minum kopi di kafe motel.

"Hai! Cik kat sini seorang? Boleh saya duduk?" Tegur Puan Sophie

"Ah, boleh. Sila sila. Ya, saya seorang je." Jawab y/n mesra.

Puan Sophie menarik kerusi depan y/n lalu duduk.

"Saya Sophie, pemilik motel ni."

"Oh I see... Nice to meet you, Puan Sophie. Saya y/n."

"Yeah, me too. Cantik nama Cik y/n. Datang sini melancong ke?"

"Saya blogger travelog. Saya selalu tulis pasal pelancongan. Jadi ni salah satu lokasi penjelajahan saya."

"Wah, menarik. Mesti Cik Y/n hebat menulis." Puji Puan Sophie.

"Eh, taklah. Tapi tempat ni cantik kan? Indah sangat. Saya suka."

"Ya, memang indah. Tapi bagi saya... Kat mana-mana pun indah. Sebab ia bergantung pada kehidupan kita sendiri. Kalau kehidupan kita berwarna-warni, bererti tempat kita berada itu pun akan jadi indah." Kata Puan Sophie dengan nada tenang.

'betullah tu, sebab tulah balkoni tu tempat paling indah bagi aku.' y/n mengakui kata-kata Puan Sophie dalam hati

"Betul tu. Oh, Puan Sophie tinggal dengan keluarga ke?"

"Tak. Saya seorang kat sini lepas suami meninggal. Saya ada seorang anak lelaki. Dia kerja di England."

"Oh... Maaf." Ucap y/n sepatah.

"Tak apa. Saya dah biasa. Saya suka hidup dengan kenangan suami saya. Ia menenangkan." Kata Puan Sophie sambil tersenyum manis.

"Saya faham. Oh ya, saya teringin sangat nak tengok aurora. Sebab tu saya ke sini."

"Hah, kebetulan malam esok ada rombongan pelancong nak pergi berkelah di dataran tinggi untuk tengok aurora. Cik y/n nak ikut?"

"Wah... Boleh jugak. Pukul berapa? Tapi tak apa ke saya join?"

"Esok pukul 6.00 petang diorang bertolak. Okey je Cik y/n ikut. Sebab rombongan tu tak ramai pun. Memang bukan Januari tak rasmi pelancong sebab suhu terlalu sejuk. Lagipun jarang orang datang nak tengok aurora kebelakangan ni. Biasanya pelancong lebih suka pergi Iceland."

"Oh macam tu. Masa kecil saya dan mendiang ayah plan nak datang sini dan tengok aurora. Tapi hajat tak kesampaian."

"Oh, patutlah. Cik y/n... Walau kat mana pun ayah cik berada, mesti dia gembira sebab cik dah ada kat sini."

"Betul tu. Dan ada seorang lagi jadi kenangan saya fasal aurora." Jelas y/n lagi.

"Kekasih ya?" Tanya Puan Sophie.

Dia memandang wajah y/n yang tersenyum tawar. Entah kenapa y/n selesa bercerita dengan Puan Sophie. Mungkin kerana sifat keibuan yang terserlah dalam diri wanita itu.

"Kawan baik saya sejak kecil. Sudah 10 tahun kami berpisah. Tapi saya terkilan sebab baru sedar yang saya jatuh hati kat dia bila dia dah pergi. Setiap kali travel dan melancong, saya berharap sangat dapat jumpa dia."

"Sabar ya. Saya harap Cik y/n dapat jumpa dia suatu hari nanti."

"Terima kasih, puan."

"Alangkah manisnya masa muda kan? Saya jadi rindu masa saya muda-muda dulu. Dulu saya pun selalu berkhemah dengan suami di dataran tinggi."

"Wah, bestnya. Hmm... Macam mana suami Puan Sophie meninggal?" Tanya y/n.

"Dia jatuh sakit. Masa dia sakit, saya yang jaga dan temani dia. Sampailah dia tak dapat bertahan lagi. Masa tu saya betul-betul sedih tengok dia terseksa menahan sakit. Saya hanya berharap dia bebas dari kesakitan.

"Walaupun tak sanggup kehilangan dia, saya lebih tak sanggup tengok dia sengsara. Saya ingat lagi... Badan dia kurus sangat, muka cengkung dan pucat tak bermaya. Akhirnya saya cakap kat dia, 'abang pergilah dengan tenang.' lalu dia bisik sesuatu pada saya."

"Apa dia cakap?" Tanya y/n sambil menahan sebak.

"Dia kata, 'jumpa lagi kat sana. Saya tunggu awak.' habis kata-kata, dia pejam mata buat selamanya. Betapa pilu hati saya melepaskan dia pergi. Tapi saya lega sebab dia pergi dengan tenang." Jelas Puan Sophie sambil mengesat air mata di pipi.

Air mata y/n juga bergenang. Segera dia menahan diri dari menangis. Dia memegang tangan Puan Sophie tanda menenangkan wanita itu.

'aku cemburukan Puan Sophie sebab dia miliki kisah cinta seindah itu.'

[C] Bersaksikan Bulan Where stories live. Discover now