Semasa di hospital, y/n serba salah untuk menelefon Chan. Selam ini mereka cuma bertemu dan bersembang di balkoni. Tak pernah langsung berhubung melalui SMS mahupun menelefon. Malah nombor telefon pun tidak ada. Dia masih berkira-kira untuk menelefon Chan.
Chan risau apabila y/n langsung tidak menelefonnya walau sudah puas menunggu. Jadi tanpa fikir panjang, dia terus ke hospital. Dari jauh dia sudah nampak y/n duduk di ruang Jabatan Kecemasan sambil membelek telefon bimbit.
"Hei! Kenapa tak call aku?" tanya Chan sambil menepuk bahu y/n dari belakang.
"Oh, aku baru nak call. Mujur kau dah sampai." kata y/n dengan riak risau.
"Macam mana mak kau?"
"Nak aku ada apendiks. Dia dalam bilik bedah. Doktor cakap keadaan mak tak bahaya."
"Lega aku dengar.".
"Kenapa kau datang sini?"
"Mestilah aku datang. Aku risaukan korang."
Y/n cukup tersentuh kerana Chan susah payah datang ke hospital. Mereka sama-sama duduk di kerusi. Chan nampak riak kerisauan masih tersisa di wajah y/n.
Tak semena-mena y/n melentokkan kepala pada bahu Chan. Serta-merta air mata gadis itu meleleh. Tidak lama kemudian, dia menangis teresak-esak. Chan cuba memujuk sambil mengusap kepala y/n.
"Jangan risau. Semuanya dah okey."
"Pagi ni aku nampak muka mak semacam je. Bibir dan muka pucat lesi. Kaki dan tangan sejuk macam ais. Aku suruh dia tak payah meniaga tali dia tetap jugak nak pergi."
"Hmm..."
"Sebab tulah kitorang bertengkar. Lepas tu tiba-tiba je dia pengsan. Menggelabah aku tengok dia macam tu."
"Hmm..."
Tak henti-henti y/n bercerita. Chan mendengar dengan penuh sabar. Sekali-sekala dia menepuk perlahan-lahan bahu y/n untuk tenangkannya. Chan curi pandang wajah y/n. Selalunya gadis itu nampak macam singa betina. Tapi kali ni y/n tak ubah macam anak kucing comel.
Chan lebih suka begitu. Dia tidak kisah mendengar cerita y/n. Dia tidak kisah berapa jam sekalipun. Sekurang-kurangnya y/n sudah lepaskan apa yang terpendam dalam hati selama ni. Tiba-tiba gadis itu diam. Mungkin kepenatan.
"Banyak betul air mata kau ya?" Aku rasa kalau nak basuh muka cukup ni."
"Apa kau cakap?" tanya y/n dengan nada garang.
DUB!
Penumbuk y/n hinggap lagi di bahu Chan. Melihat y/n sudah jadi dirinya semula, Chan berasa lega. Dia tidak mahu y/n bersedih Dan terlalu menyalahkan dirinya.
Tiba-tiba seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan dan memberitahu bahawa emak y/n sudah dipindahkan ke wad biasa. Mereka terus menuju wad yang jururawat maklumkan.
"Saya nak peluk mak boleh tak?" tanya y/n nada sedih.
Si ibu terkejut mendengar permintaan anaknya. Walaupun badannya masih belum stabil, dia cuba hulur tangan dan memeluk anak tunggalnya.
"Mak tak sangka. Nampak je anak mak ni garang tapi sayang juga rupanya kat mak." ujar si ibu perlahan.
"Mestilah saya sayang mak. Risau saya tadi. Mulai hari ni saya nak mak jaga kesihatan."
"Kamu tak payah risaukan mak. Mak nak kamu tu jaga diri baik-baik. Satu lagi... jangan suka gaduh dengan mak lagi ya?"
"Mak tu... Janganlah suka cari pasal. Asyik nak marah je."
"Hmm..."
Si ibu dan anak segera lap air mata. Y/n juga menahan air mata yang bergenang.
"Mak jangan risau. Tak lama lagi mak dah boleh balik." kata y/n sambil tersenyum.
"Lega mak dengar."