Sudah banyak kali y/n ke luar negara. Namun kali ni debaran dan keterujaan dirasainya lain macam. Scotland merupakan rakaman kenangan tentang ayahnya. Malah dia sudah menetapkan matlamat untuk menjelajah dan berkunjung ke semua tempat yang disukai ayahnya.
Setelah melalui 14 jam perjalanan, kapal terbang dianiki tiba di Scotland. Jejak sahaja kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Edinburgh, y/n menghela nafas lega lalu mengukir senyuman manis. Dia berharap penjelajahannya di sini menjadi pengalaman indah.
Kini Januari dan bulan ni merupakan musim salji. Y/n menikmati pemandangan dalam perjalanan ke hotel. Dia sungguh teruja apabila melihat salji putih meliputi dataran tinggi nampak tenang dan damai.
Sebenarnya y/n kurang gemar berada dalam suasana dingin. Tapi dia tidak boleh bertangguh lagi untuk ke sini. Y/n berpeluk tubuh kesejukan. Terbit sedikit rasa kesal dalam hati kerana datang pada musim ni. Namun dia tetap gembira.
Salji yang turun dan menyeliputi kepalanya sudah pasti menjadi pengalaman menakjubkan. Dia menyambar butiran salji di udara. Sekelip mata saja salji mencair dalam telapak tangan. Selangkah demi selangkah dia menjejaki salji yang menyelimuti jalan di bandar Edinburgh. Jiwanya sungguh seronok.
'ayah, saya dah sampai kat tempat yang ayah paling suka. Walaupun sejuk tapi tempat ni cantik sangat.'