"Mana dia ni? Kenapa tak keluar lagi?"
Sudah beberapa hari y/n mengetuk kerincing di balkoni. Namun, kelibat Chan tidak kelihatan langsung.
'Bosannya takdek orang layan aku.'
"Chan! Ada pun kau. Mana kau pergi?!" ujar y/n teruja apabila ternampak Chan melangkah keluar dari bilik.
"Aku demam lah. Hari ni baru rasa okey sikit. Kalau kena besok, bolehlah aku pergi sekolah."
"Oh demam rupanya. Patutlah tak nampak muka."
Mereka leka merenung matahari terbenam. Seluruh langit diwarnai cahaya ungu muda. Damai dan mempersonakan.
Serta merta kenangan terimbau.
Ketika itu, tubuh Chan kecil dan kurus kering. Sering jadi mangsa buli. Tapi dia tidak berani beritahu cikgu atau sesiapa kerana digertak dan diberi amaran.
Suatu hari, pembuli terbalikkan meja dan campak beg sekolah Chan dalam tong sampah. Chan tidak tahu hendak buat apa. Sampai di rumah, dia menyorok di balkoni. Di situlah dia menangis puas-puas.
"Hei! Kenapa menangis ni?" Tegur seorang budak perempuan apabila melihat Chan duduk mencangkung di balkoni. Nampak lemah tidak bermaya.
"Aku tak nangislah."
Chan tidak mahu mengaku dia menangis. Lebih-lebih lagi depan budak perempuan. Cepat-cepat dia sorok muka di celah kedua-dua belah lutut.
"Boleh bangun tak?"
Chan mendongak tapi tidak nampak jelas wajah budak perempuan itu kerana dia membelakangi pantulan cahaya matahari yang terbenam. Dia cuma nampak bayangan. Chan bangun perlahan-lahan dan cuba memandang wajah budak perempuan itu.
Silauan cahaya matahari menyukarkan penglihatan. Cepat-cepat Chan angkat tangannya untuk halang pantulan cahaya.
"Kau ni siapa?" tanya Chan.
"Dulu ada pakcik tinggal kat situ. Tapi dia tak pernah keluar dan sembang dengan aku. Nama aku y/n."
Suara y/n ternyata mendamaikan. Bagai terubat dan hilang seketika masalah dihadapi. Y/n yang tinggi lampai menyarung skirt putih menginjak ke tepi membiarkan cahaya matahari menyimbahi seluruh badannya. Lesung pipit menyerlahkan lagi kecomelan ditambah rambut panjang mengurai.
'Wah! Cantiknya dia!'
Itulah tanggapan Chan apabila memandang y/n kali pertama. Nada suara lembut dan senyuman menawan.
"Y/n?"
Bagi Chan, itu nama yang sesuai dan sepadan untuk gadis cantik di depannya.
"Nama aku Chan."
"Kenapa kau nampak sedih je?"
"Entahlah. Budak kelas selalu buli aku. Mungkin sebab aku ni kecik dan tak tahu melawan."
"Dah. Tak payah sedih-sedih. Esok aku tolong aku eh?"
Kemudian mereka sambung sembang. Rupa-rupanya mereka satu sekolah. Sempat jugalah Chan beritahu kelas mana dan budak yang suka membulinya.