Y/n menaiki bas dua tingkat dan menghayati pemandangan deretan bangunan indah di sepanjang perjalanan. Tiba saja di Old Town, Edinburgh, dia turun dia situ. Lalu dia menapak menelusuri jalan menuju ke Istana Edinburgh yang tersergam indah di atas bukit.
Ramai pelancong asing di kawasan itu. Kebanyakan pelancong berkumpulan dan bersama keluarga. Hanya y/n bersendirian. Sememangnya dia sudah biasa menjelajah secara solo. Baginya itu lebih memberi pengalaman buatnya untuk dijadikan cerita dalam buku dan juga blog. Namun dia tidak dapat menafikan rasa sepi yang menerjah.
Y/n kini berada depan gereja St. Gile's Cathedral. Tanpa buang masa, dia masuk ke dalam. Betapa dia kagum melihat keindahan hiasan dalam gereja. Terdapat tingkap kaca berwarna-warni di dinding dengan pelbagai lukisan yang punyai latar cerita tersendiri.
Y/n keluar dari gereja dan meneruskan perjalanan ke istana Edinburgh. Cuaca hari ni agak sejuk dan angin bertiup kencang. Dia menggigil kesejukan. Namun dia tetap meneruskan perjalan sekitar Istana Edinburgh. Dia menjamu mata dengan pemandangan bandar di situ.
'temukan aku dengan Chan semula getus hati y/n dalam setiap langkahnya.
Angin bertiup kencang lantas menggangu penglihatan y/n. Cuaca tidak elok hingga menyukarkan perjalanannya dan kepenatan yang mula dirasai membuatkan dia berasa lelah. Baru dia sedar dia tersesat. Lalu dia terduduk di kerusi sambil mengawal rasa ingin menangis.
Kini dia ibarat seekor rusa yang bersendirian dan tidak berupaya menemui jalan pulang. Saat ini perasaannya didatangi rasa sedih. Emosinya terganggu kerana dia tidak dapat melupakan Chan walaupun sesaat. Tanpa disedari, air matanya berlinangan lagi.
"Chan, mana kau? Patut ke aku putus asa sekarang?" bisiknya.