Chan dan y/n sedang menunggu bas nombor 5 di perhentian bas. Masih ramai pelajar menunggu bas masing-masing. Mereka yang satu sekolah tertanya-tanya juga apabila ternampak kemesraan dua orang yang boleh dikatakan famous itu. Maklumlah selama ini mereka berdua tidak pernah dilihat rapat.
"Tak apa ke ni kita jalan sama-sama?" tanya y/n berbisik kepada Chan.
"Kenapa tanya macam tu?"
"Kau tak risau ke?"
"Ah! Bas dah sampai! Jom!" kata Chan sambil menolak lembut badan y/n.
Mereka duduk di tempat sama semasa datang tadi.
'kantoilah macam ni. Rahsia dah terbongkar.' bisik y/n sambil menekup muka.
"Kenapa nak risau?"
Hairan pula y/n melihat Chan tenang saja walaupun pelajar di sekeliling sedang memerhati dan bercakap-cakap tentang mereka. Chan tak takut segalanya terbongkar?
"Sejak bila Chan ada girlfriend ni?"
"Biar betul? Chick magnet couple dengan singa betina?!!"
"Tapi perempuan tu lagi tua kot."
Gosip mula tersebar. Tapi hakikatnya, memang itu tujuan sebenar Chan. Agar semua orang tahu hatinya sudah dimiliki.
"Apa nak takut?" kata Chan selamba.
"Apa nak takut kau cakap?"
"Bukan ke kau tak nak orang tahu pasal kita?"
"Dulu aku takut musuh kau balas dendam kat aku."
"Apa? Jadi sekarang dah tak takut?"
"Tak."
"Kenapa?"
"Pertama, tak ada siapa lebih sado dari aku. Kedua, aku ni kan chick magnet. Kalau diorang serang aku, diorang kena hadap kelab peminat aku dulu. Ketiga, aku bukan pengecut macam dulu. Aku semakin berani."
Terkedu y/n mendengar pengakuan Chan. Dia tidak tahu macam mana nak jawab.
"Ke kau yang takut?" tanya Chan sambil merenung mata y/n.
"Apahal aku nak takut pulak?"
"Aku ni kan chick magnet. Kalau diorang dengar gosip pasal kita, kelab peminat aku mesti takkan lepaskan kau." jelas Chan.
"Hmphh! Siapa takutkan siapa sebenarnya ni? Apa benda chick magnet tu? Aku tak hairanlah!!!" jawab y/n lantang.
"Betul ke?" tanya Chan sambil menjongket kening.
"Kau tahu tak diorang panggil aku apa?"
"Singa betina kan?"
"Tahu pun. Diorang yang patutnya takutkan aku!" kata y/n yakin.
"Nasib baik." kata Chan sambil tergelak.
"Kenapa nasib baik pulak?"
"Mujur kau yang jadi girlfriend gosip aku. Kan kau ala-ala superheroine. Kalau awek lain, mesti diorang dah cabut awal-awal.
PAP!
"Aduh!"
Boleh sengal-sengal badan jugalah dek dipukul y/n. Tapi Chan sudah biasa. Memang setiap hari kena debik begitu. Tak lengkap hidupnya kalau y/n tidak buat begitu.
"Aku lah superheroine abad ni!" kata y/n sambil ketawa berdekah.
'macam manalah aku boleh terpikat dengan perempuan cenge dan mental ni?' keluh Chan dalam hati.
'aku dah tak peduli dengan mulut orang. Biarlah orang nak cakap apa pun. Tak kira, aku nekad tunjuk keikhlasan hati aku kat kau. Aku tahu perbuatan aku ni pelik. Sengaja membiarkan seluruh sekolah salah faham terhadap hubungan kita.
'biar diorang fikir kita tengah hangat bercinta. Mana-mana mamat yang suka kau mesti tak jadi nak mengurat kau, y/n. Aku dah tak nak berebut dengan sesiapa. Jadi inilah caranya. Harapan aku? Memang aku dambakan cinta kau. Tak ada siapa berjaya curi hati aku selain aku...' kata hati Chan.