59

14 1 0
                                    

Chan tidak lagi berdiri di balkoni sambil mencicip kopi. Malah tingkap dan langsir biliknya juga tertutup rapat. Y/n berasa pelik. Sudah lama dia tidak nampak kelibat Chan.

Tiada lagi suara lelaki itu menyakatnya saat dia menyiram pokok di balkoni setiap pagi. Panggilannya juga langsung tidak disahut seolah-olah bilik Chan tidak lagi berpenghuni. Y/n muka merasakan Chan sengaja mengelak darinya.

'aku ada buat salah ke? Ke dia marahkan aku?'

Dia mula merindui Chan. Betapa dia rindukan kenakalan Chan yang suka menyakatnya. Malah dia merindui sikap Chan yang sangat memahami dan tidak jemu mendengar luahan hatinya.

Sepanjang y/n tidak menemui Chan di balkoni, beberapa kali juga dia berjumpa Felix. Lelaki itu tidak teragak-agak mengajaknya berjumpa hingga datang menjemputnya di rumah. Seperti biasa mereka akan ke kafe, berborak dan berkongsi cerita.

Namun setiap kali pulang ke rumah selepas keluar dengan Felix, jiwa y/n kosong. Apabila semakin rapat dengan lelaki itu, baru dia sedar banyak ketidakserasian antara dua dan Felix.

Felix tidak sama pendirian dengannya. Malah lelaki itu tidak teragak-agak menyatakan pendiriannya dalam banyak hal. Terpaksa y/n mengalah. Pendapatnya tidak dapat dinyatakan sama sekali kerana dia bimbang Felix tidak bersetuju.

Tanpa y/n sedari, reaksinya tidak lagi mempamerkan keselesaan apabila bersama Felix. Dia tidak mampu ketawa sejujur mungkin atau bercakap sesuka hati seperti sebelumnya.

Apa saja topik dibincangkan, dia terpaksa menahan diri mengemukakan pendapat lalu mengabaikan perasaan sendiri.

Dan pada saat kegusaran ini, dia didatangi rasa rindu terhadap Chan. Dia mengenang saat bersama lelaki itu. Setiap kali dia da Chan berbual, pasti akan diiringi gelak tawa. Malah dia dapat meluahkan apa saja yang terbuku di hati. Tidak perlu menjadi orang lain atau menyembunyikan pendapat.

Chan sangat memahami dan tidak pernah menyangkal atau memandang rendah padanya. Lelaki itu menerimanya sepenuh hati. Dia boleh jadi y/n yang sebenar depan Chan.

'tapi mana kau Chan?'

Y/n mula risau. Dia segera keluar dari rumah dan berlari ke rumah Chan. Setelah pasti depannya kini rumah sahabatnya yang tidak pernah dia kunjungi sebelum ini, dia mengetuk pintu. Seorang wanita awal 40-an sedang memegang sebatang penyapu membuka pintu.

"Ya, cari siapa?"

Y/n terkejut. Dia tidak mengenali wanita itu. Setahunya itu bukan ibu Chan.

"Err, Chan ada tak auntie?" Tanya y/n.

"Chan? Diorang dah pindah. Auntie baru pindah sini."

Y/n terkejut yang amat. Mulutnya melopong. Seperti tidak percaya apa yang didengar. Mana mungkin Chan, sahabatnya sejak kecil itu tidak maklumkan padanya langsung dia ingin berpindah.

"Err... Auntie tahu tak diorang pindah mana?"

"Auntie dengar diorang pindah ke China."

"China? Kenapa tiba-tiba pindah sana?"

"Dengar kata business diorang makin berkembang. Diorang ada cawangan kat sana."

Sekali lagi y/n melopong. Selama ni Chan tidak pernah bercerita tentang keluarganya. Y/n juga tidak pernah bertanya. Patutlah Chan selalu bersendirian di rumah. Ibu bapanya sibuk uruskan perniagaan rupanya.

"Ah, ada hal penting ke awak cari Chan?"

Y/n kelihatan gelisah seperti ingin katakan sesuatu. Namun dia buntu. Sudah pasti auntie depannya tidak dapat menjawab soalannya. Tidak semena-mena wanita itu menekan dadanya sendiri dengan riak wajah cemas.

"Ke...??!" Soal auntie itu sambil merenung perut y/n.

Pantas y/n menggeleng beberapa kali. Dia tidak menyangka sejauh itu tanggapan wanita depannya ini.

"Eh, tak lah auntie. Chan bukan boyfriend saya. Kitorang kawan je. Ah, tak ada apa yang penting pun sebenarnya. Saya pergi dulu. Terima kasih, ya."

"Oh ya ke? Maaf, salah faham pula. Yalah, baik-baik jalan!" Jawab auntie rasa bersalah.

'ah, memang tak ada hal penting pun aku nak cakap pada kau, Chan. Semalam ni pun tak pernah ada hal penting antara kita. Aku cuma nak borak dengan kau macam selalu.

'detik yang kita lalui dengan sederhana dah cukup buat hari aku sempurna. Tapi sekarang kau dah pergi. Ertinya, hari-hari ku dan tak sempurna lagi!' bisik hati y/n sambil menahan sebak.

Fikiran y/n bercelaru. Tiba saja di rumah, dia melangkah lesu menuju ke bilik tidur. Lalu dia terduduk di hujung katil. Hidup dirasakan malap. Kesedihan tidak terbendung.

Dia bangun dan melangkah ke arah tingkap. Langsir diselak menampakkan pemandangan di luar. Balkoni bilik Chan kosong. Terbayang Chan di situ bersama mug kopi sedang tersenyum memandangnya. Sungguh y/n rindu. Matanya mula berkaca.

Y/n kembali ke katil dan merebahkan tubuhnya. Dia menarik selimut dan melitupi seluruh badan. Tangisan tidak dapat dibendung dan dia melepaskan sehabisnya. Bantal mula dibasahi setitis demi setitis air mata.

Sejak kematian ayah, y/n tidak pernah merasai kehilangan. Dia tidak menyangka kesakitan seperti itu berulang. Dia merasakan jauh hati, merajuk dan kesepian. Rasa ini jauh lebih memilukan berbanding kesakitan ketika Felix menolak cintanya.

'Chan, kau betul-betul dah pergi ke? Sampainya hati kau tinggalkan aku tanpa sepatah kata pun. Kau marahkan aku ke? Macam mana aku nak lalui hari mendatang tanpa kau? Ah, kenapa aku sedih sangat sedangkan kau tak pedulikan aku pun? Kenapa aku menangis? Kenapa?'

[C] Bersaksikan Bulan Where stories live. Discover now