20

23 6 0
                                    

"Saya mengaku saya jatuh cinta dengan seorang gadis. Saya ingin sentiasa bersamanya, mendengar cerita tentang dirinya dan menatap wajahnya. Kalau tak dapat melihat wajah atau mendengar  suaranya, saya akan sunyi dan kesepian." kata y/n mengulang kembali kata-kata Chan ketika berdebat.

Tidak habis-habis dia mengomel sambil tergelak. Sengaja mahu mengusik Chan. Chan cuma memerhati lagak y/n yang nampak gembira. Pada waktu ini mereka sedang lepak di balkoni.

"Betul ke kau tak pernah  sepi atau takut keseorangan?" soal y/n.

"Hmphh..."

"Kau dah ada girlfriend ke?"

"Tak ada."

"Habis tu? Macam mana kau boleh bagi hujah macam pernah lalui perasaan bercinta? 'Kalau tak dapat melihat wajah dan dengar suaranya, saya akan berasa sunyi sepi.' Tu hujah kau kan?" tanya y/n lagi dengan dahi berkerut.

Chan terkedu. Dia tak membalas pertanyaan y/n.

"Felix dapat tempat ke berapa?" tanya Chan cuba menukar topik.

Mata y/n terbuntang tapi dia tidak bersuara.

"Pertandingan piano dia sesi pagi tak silap aku. Lepas tu baru kau datang tengok aku berbahas kan?"

'Alamal kantoilah pula!' y/n kemam bibir.

"Dia dapat nombor tiga."

"Kau naik pentas bagi dia bunga tak?"

"Taklah. Bukannya dia kenal aku pun." jawab y/n acuh tak acuh.

"Lah.. Kau suka dia diam-diam ke?"

y/n diam.

'Nampak je brutal. Tapi bila jatuh cinta, jadi penakut terus. Haih si singa ni." desis hati Chan.

Chan memandang tepat wajah redup y/n yang sedang merenung bulan. Hakikatnya lelaki itu rasa jauh hati. Betapa kecewanya dia apabila tahu gadis idaman menyukai lelaki lain.

"Ala... Apa salhnya tengok dari jauh. Bagaikan pungguk rindukan bulan gitu." jawab y/n.

'Pungguk rindukan bulan? Ye, aku pungguk dan kau bulan.' Chan berbicara dalam hati.

"Hmm... Tapi kau pungguk ke?" soal Chan.

"Pungguklah. Takkan bulan. Oh ya... Tadi aku kagum sangat dengan kau tau!" kata y/n teruja.

"Kagum? Kau puji aku ke?"

"Kau ahli pasukan paling muda. Tapi serius kau nampak tenang, bijak dan hebat."

"Tak pernah-pernah kau puji aku. Jangan mintak aku belanja kau eh?"

"Aku jujurlah. Semua kata-kata aku ikhlas termasuk pujian tadi. Sepatutnya kau happy sekarang. Sebab bukan senang seorang y/n nak puji orang." katanya sambil menjongket kening.

Chan tergelak.

"Kau cuak tak masa pertandingan tadi?"

"Biasa je. Mungkin sebab aku memang minat debat. So aku enjoy je."

"Enjoy?"

"Haah. Berdebat memang kebolehan semula jadi aku. Aku mahir dalam mengkaji teori. Aku suka bila dapat kawal keadaan, boleh bahas hujah dan mampu serang balas sampai pihak lawan terkedu."

"Aku rasa kau sesuai jadi peguamlah." cadang y/n dengan riak serius.

"Eh seriuslah? Macam mana kau tahu cita-cita aku nak jadi peguam?"

"Aku teka je. Tapi cepat betul kau tetapkan hala tuju hidup..."

Y/n semakin mengagumi Chan. Rupanya sahabat baiknya itu memiliki matlamat dan bercita-cita tinggi meskipun baru berusia 15 tahun.

"Hidup ni cuma sekali. Sebab tu aku sangat hargai waktu yang ada. Kau tak ada impian ke?"

"Aku kagum dengan kau. Tapi aku belum pasti apa cita-cita aku. Masih tak tahu hala tuju."

"Cuba fikir apa kau paling suka buat dalam hidup ni. Kalau dah jumpa, teruskan."

"Entah... Tak ada yang spesifik. Aku main bedal je. Tak pasti mana satu aku minat dan mana satu benda aku buat sebab kebolehan. Pening kan?" kata y/n diiringi ketawa kecil.

"Mesti ada. Cuma kau tu yang tak faham diri sendiri."

"Maksud kau?"

"Tak apa. Bila kau dah berjaya lakukan sesuatu nanti, kau akan sedar tulah benda yang paling kau suka. Masa tu mesti kau melompat gembira." Chan berkata penuh yakin.

"Kau pernah melompat gembira?" soal y/n dengan dahi berkerut.

"Pernah."

"Bila?"

"Baru je."

"Tipulah!" kata y/n sambil membuntangkan mata.

"Betullah! Target aku memang nak jadi pendebat terbaik keseluruhan pertandingan. Penat aku kawal perasaan masa dapat hadiah tadi. Masuk je bilik, aku terus melompat."

Y/n membeliakkan mata. Dia yakin pengakuan Chan benar apabila meliat betapa seriusnya riak wajah lelaki itu.

"Suatu hari nanti kau akan faham makna kegembiraan bila dah berjaya capai matlamat kau."

"Harap saat-saat tu akan tiba suatu hari nanti."

'Aku gembira sangat bila jadi pendebat terbaik. Tapi aku lebih gembira bila nampak kau datang beri sokongan, y/n. Aku sangat hargai walaupun aku bukanlah orang yang kau suka. Aku masih sudi berada di sini untuk lindungi kau. Biarpun cinta di hati kau terhadap aku mungkin takkan berputik.' bisik hati Chan.

[C] Bersaksikan Bulan Where stories live. Discover now