76

22 2 0
                                    

Y/n dan Chan duduk dalam khemah sambil memandang langit. Tiba-tiba nafas Chan turun naik dan kedengaran kuat. Chan mengawal rasa tidak selesa. Pernafasannya sedikit sesak. Y/n jadi panik.

"Chan, betul ke kau okey ni?" Tanya y/n.

Chan mengangguk dan memberi senyuman buat gadis di sebelahnya. Dia cuba bertenang dan menyedut oksigen perlahan-lahan. Pernafasannya kembali pulih.

"Aku okey, y/n. Jangan risau. Aku happy sangat."

Chan mengekalkan senyuman di wajahnya supaya y/n tidak susah hati. Namun dia benar-benar gembira saat ini. Sudah agak lama dia tidak berjalan-jalan di luar begini.

Y/n sedikit lega melihat keadaan Chan stabil semula. Dia usap belakang Chan perlahan-lahan lalu menyentuh pula pipi lelaki itu. Tidak lama kemudian, dia mencapai tangan Chan lalu ditiup perlahan supaya kesejukan dirasa lelaki itu berkurangan.

"Bulan Baru." Kata y/n sambil menyentuh tanda lahir di tapak tangan Chan.

"Ya, Jiwa Harapan." Jawab Chan sambil tersenyum.

"Sejuk?" Tanya y/n.

"Tak. Pukul berapa sekarang?"

"Dah pukul 2.00 pagi." Jawab y/n sambil membelek jam tangan.

Y/n dan Chan tahu, mungkin makan itu mereka tidak akan dapat tengok aurora. Kehampaan terselit di hati, namun masing-masing tetap gembira kerana berpeluang menghabiskan waktu di dataran tinggi bersama-sama.

"Chan, kau tidur dulu. Nanti bila aurora muncul, aku kejut kau." Kata y/n.

Chan mengangguk.

[C] Bersaksikan Bulan Where stories live. Discover now