Wahai Bulan Baru,
Dulu aku sangka seseorang jatuh cinta kerana sunyi. Tapi kau menyedarkan aku yang kesepian tu datang bila dah jatuh cinta. Sebab hati asyik merindu orang dicintai. Kau juga yang cakap tulah namanya cinta sejati. Kau cakap yang kau tak takut sepi tali kau dah jatuh cinta dengan seseorang dan mula merasai kesepian.
"Cuba kau fikir apa kau paling suka buat dalam hidup ni. Kalau dah jumpa, teruskan."
Itu nasihat kau. Sebab kata-kata kaulah aku temui apa yang aku suka. Bila blog pelancongan aku dapat sambutan hangat hingga dijadikan buku Travelog, aku betul-betul melompat kegembiraan macam kau cakap. Alangkah bagusnya kalau kau boleh baca blog yang aku tulis.
Jiwa Harapan
Akhirnya aku juga merasai kesepian kerana rindukan seseorang. Kalau boleh kembali ke masa lalu, aku akan cuba fahami isi hati kau. Kalau boleh ubah sejarah, aku akan jadikan liku kehidupan berbeza. Aku hafal dapat imbas kenangan dulu-dulu sewaktu kita lepas dan berbual di balkoni setiap hari. Itulah detik-detik paling bahagia dalam hidup aku.