61

14 1 0
                                    

┏━━━━°⌜ 🖇️💌 ⌟°━━━━┓

Aku tak mampu buat apa-apa selain mengharapkan muncul keajaiban.

┗━━━━°⌜ 🖇️🥛 ⌟°━━━━┛

Y/n terima satu bungkusan yang ditinggalkan Chan untuknya sebelum berpindah. Ketika menerima bungkusan itu, betapa gembira hatinya. Air mata menitis sebaik saja dia memegang hadiah kejutan itu. Hatinya begitu tersentuh. Baru dia mengerti betapa dia merindui Chan. Bungkusan ini sedikit mengubati kelukaan hati dan kerinduannya.

Y/n,

Kau apa khabar? Surat ni adalah utusan aku sampaikan bahawa telah sekian lama aku cintakan kau. Jujurnya aku suka sifat garang, prihatin, kelembutan dan kasih sayang yang ada dalam diri kau. Segalanya sangat indah. Sejak kau hadir dalam hidup aku, kau ibarat penghapus segala duka dan kesepian ku. Hari-hari aku menjadi lebih bermakna.

Pasti perasaan ni berterusan seumur hidup aku. Ia takkan berhenti. Bersaksikan langit yang cerah berganti gelap, setiap hati aku merindui kau, y/n. Setiap hati aku tertanya-tanya, bilakah kerinduan ni dapat diluahkan? Kau dengar tak isi hati aku yang tulus ni melalui lagu-lagu yang aku nyanyi setiap hari ni balkoni?

Y/n, pertemuan kita di balkoni adalah suatu keajaiban. Sikap kau yang garang dan sikap aku yang pendiam, tapi kita tetap serasi itu juga keajaiban. Perasaan senang aku terhadap kau adalah semula jadi. Tapi jika kau juga miliki rasa yang sama seperti aku, ia adalah keajaiban paling indah. Namun aku sedar ia mustahil. Maafkan aku atas kehendak dicintai walaupun kau tak pernah gagal menjadi sahabat terbaik.

Y/n, waktu kecil aku selalu dibuli kerana badan aku kecil. Aku selalu bersedih. Dan kau datang dengan cahaya. Kau ibarat pari-pari kecil yang menarik aku keluar dari kepompong ketakutan dan kegelapan. Kau buka lembaran baru siapa aku jadi seorang yang yakin dan berani.

Aku tak pernah sekali-kali melupakan saat kau hulur tangan pada aku semasa aku jatuh dalam tong sampah besar. Sejak itu kau bukan je buat aku berubah jadi seorang yang yakin, tapi kau juga seorang pendengar yang baik. Bila bersama kau, macam-macam aku mahu ceritakan. Aku hormati kau dalam diam, y/n. Kaulah idola.

Kau tahu tak... kau sangat baik hati dan berkarisma? Sebenarnya kau tak perlu mengaum macam singa pun orang memang hormati ketegasan kau. Di sekolah, 'singa betina' sentiasa disebut-sebut. Kau juga digelar cenge, bengis, samseng dan macam-macam lagi. Tapi semua orang tahu, walaupun garang tapi kau baik hati.

Dan paling manis tak ada siapa tahu si gadis hebat ini sebenarnya kawan baik dan jiran yang menemani aku di balkoni setiap hari. Hanya aku yang dapat lihat wajah comel, manja dan lemah lembut kau tu! Aku menyanjungi keberanian kau, y/n. Tapi aku tak dapat menyangkal rasa risau kalau kau dimusuhi atau ada yang berdendam.

Aku khuatir dalam ada yang cuba cederakan kau. Tapi lama-kelamaan aku sedar, sebenarnya orang yang pernah kau tolong, pasti akan melindungi kau. Malah atas kehebatan kau membantu tingkatkan disiplin pelajar-pelajar sekolah tu, guru-guru juga sangat memandang tinggi pada kau. Lagi-lagi kau pelajar cemerlang. Inilah yang aku lihat pada kau.

Bagaimana aku nak tepis rasa bangga terhadap kau ni, gadis cenge? Segala sifat semula jadi dalam diri kau itulah buat aku tertarik dan jatuh hati. Dalam masa yang sama, aku selalu merindui kelembutan sifat kau ketika bertemu kali pertama di balkoni. Itulah memori paling indah.

[C] Bersaksikan Bulan Where stories live. Discover now