62

13 2 0
                                    

"Suatu hari nanti kau akan faham makna kegembiraan bila dah berjaya capai matlamat kau."

10 tahun telah berlalu. Seperti yang pernah dikatakan Chan dulu, y/n telah temui matlamat yang ingin dicapai. Y/n menjadi seorang penulis blog dengan nama pena Jiwa Harapan.

Blognya berjudul 'Gadis Travelog' berjaya memikat perhatian pembaca dan punyai ramai followers. Dia sering melancong ke luar negara dan menulis tentang pengalamannya. Buku genre travelog juga telah berjaya diterbitkan.

Namun disebalik kerjaya dan wajah ceria yang dipamerkan, tiada siapa tahu y/n merindui seseorang yang bermakna baginya. Malah setiap kali ke luar negara, dia berharap dapat bertemu Chan.

'namun dunia ni terlalu luas. Chan... kau kat mana sekarang?'

Dalam blog 'Gadis Travelog' juga terdapat satu slot  'Warkah Buat Bulan Baru'. Y/n sering kali menulis luahan hati berbentuk surat untuk seseorang yang dirinduinya.

Wahai Bulan Baru,

Mungkin dah sampai masanya aku berhenti bicara tentang kau di blog ni. Ah, usaha aku nampaknya cuma sia-sia kerana langsung tiada tanda-tanda kau akan muncul. Aku hargai hadiah yang kau tinggalkan untuk aku. Mungkin hadiah tu benar-benar tanda ucapan 'selamat tinggal' kepadaku.

Mungkin kau sudah lupakan aku dan temui kebahagiaan yang kau cari. Mungkin benar telahan kau yang kita tak patut bertemu lagi. Tak lama lagi, aku akan mulakan penjelajahan baru untuk melihat aurora. Selepas itu, aku akan mulakan hidup baru.

Jiwa Harapan

[C] Bersaksikan Bulan Where stories live. Discover now