01

350 30 13
                                    

┏━━━━°⌜ 🖇️💌 ⌟°━━━━┓

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

┏━━━━°⌜ 🖇️💌 ⌟°━━━━┓

Kombinasi suara y/n dan kerincing mampu menenangkan hati tatkala dilanda resah.

┗━━━━°⌜ 🖇️🥛 ⌟°━━━━┛

Pengetua Sekolah Menengah Elit bersiri tersenyum bangga. Pasti ada berita baik dan mengujakan ingin disampaikan.

"Pasukan debat sekolah kita berjaya menjuarai pertandingan bahas Bahasa Melayu peringkat Wilayah. Tahniah diucapkan kepada Bangchan, pelajar Tingkatan Tiga Terminator yang dipilih sebagai pendebat terbaik."

Bangchan tersipu-sipu apabila namanya dilaung. Dia hanya tunduk malu ketika menerima hadiah daripada pengetua diiringi ahli pasukan yang lain.

"Bulan depan mereka akan bertanding di peringkat kebangsaan. Cikgu doakan mereka jadi juara sekali lagi."

Para guru dan para pelajar bersorak sebagai tanda sokongan moral. Siapa tak bangga kalau kawan satu sekolah walaupun hakikatnya tak rapat mana melakar kejayaan?

Bangchan menghela nafas. Pendebat terbaik peringkat kebangsaan kini jadi target seterusnya.

"Hebatlah kau Chan!" Ujar salah seorang peminat Chan sambil menggenggam tangan.

Tidak berkelip dia pandang Chan di atas pentas.

"Dahla kacak. Bijak pulak tu." tambah peminat lain.

"Aku kagumlah dengan dia... Best nya kalau dia jadi boyfriend aku." kata pelajar perempuan yang tersenyum manja sambil menekan dada dengan kedua belah tangan.

Rakan di sebelah mengerling.

"Jangan nak beranganlah. Setakat muka kau, Chan tak pandang pun"

Y/n hanya tersengih. Kelakar mendengar perbualan mereka bertiga.

'Apalah diorang ni. Mamat tu biasa je kot. Tak payah over sangatlah.'

[C] Bersaksikan Bulan Where stories live. Discover now