Para pelajar yang tadi berebut membeli makanan terus beratur apabila ternampak kelibat y/n di kantin. Dia turut beratur di salah satu barisan.
"Tengok tu. Si singa lagi menakutkan diorang berbanding pengawas." kata Han sambil menyiku lengan Chan yang tersengih.
"Dah macam ketua gengster aku tengok." kata Chan sambil tergelak.
"Tulah fasal." kata Han setuju.
Pandangan Chan tidak lekang memerhati y/n yang sedang beratur. Tiba-tiba ingatannya melayang tentang peristiwa y/n menyelamatkannya ketika jatuh dalam tong sampah besar. Lalu ingatan Chan menerawang pula pada peristiwa tentang perbualan mereka semasa dia di tingkatan 1 dulu. Ketika itu y/n tingkatan 2.
"Macam mana first day sekolah?" tanya y/n.
Mereka berdua sedang melepak di balkoni.
"Okey je. Tapi susah sikitlah nak beli makanan masa rehat. Diorang tak nak beratur dan berebut-rebut. Tak berdisiplin langsung!" keluh Chan.
"Lah yeke? Takpe, besok aku tolong kau eh?" kata y/n.
"Eh, tak apalah. Lagipun aku tak naklah budak-budak sekolah tu tau kita berjiran."
"Kenapa pula?" y/n hairan.
"Masa sekolah rendah dulu, semua orang tahu aku ada kakak garang. Tak ada siapa berani buli. Sekarang aku dah sekolah menengah, dah besar. Jadi tak perlu dah kau lindungi aku." kata Chan tenang.
"Amboi dah besar lah ni?" y/n tergelak.
"Yelah. Ah, hari ni budak-budak kelas aku bagi amaran. Dia suruh hati-hati dengan budak tingkatan 2 nama y/n. Nasib baik aku tak tergelak kat situ. Tak sangka famous juga kau ni eh? Apa kau buat?" soal Chan hairan.
"Aku tak buat apa lah. Cuma aku ni antibuli. Sebab tu aku tolong diorang yang lemah tu."
"Tolong sampai belasah orang dengan kerusi?"
"Dulu ada sorang mamat ni asyik buli kawan kelas aku. Tak tahan aku tengok. Suatu hari tu aku hilang sabar. Aku pergi dekat dia dan sambar kerusi. Aku hayun kerusi tu dan baling atas simen sampai pecah. Niat aku nak gertak je. Kau ingat aku gila nak hentak anak orang dengan kerusi?"
Chan seakan tidak percaya dengan apa yang didengar.
"Weh, bahaya tau kau buat macam tu. Aku rasa kau ni sesuai berlakon filem action lah."
"Eh of course la. Kalah ada offer aku takkan lepaskan peluang."
Keesokan harinya, y/n datang Le kantin ketika para pelajar sedang berebut membeli makanan.
"Korang tak tahu beratur ke? Tak ada adab? Langsung tak buat barisan. Lelaki perempuan bercampur aduk!" y/n menjerit lantang.
Tergamam semua orang yang berada di situ termasuk beberapa guru yang tengah bersembang. Guru-guru tersenyum lalu berlalu seakan bersetuju y/n uruskan masalah itu.
Sejak hari itu barulah Chan faham kenapa y/n tidak pernah dikenakan tindakan disiplin meskipun terkenal dengan sikap garang. Kerana garang gadis ini bertempat.
"Dari tadi aku perhati pengawas suruh beratur elok-elok. Korang buat tak tahu je kan? Jangan sampai korang tak dapat beli makanan langsung hari ni!" sambung y/n.
Pelajar-pelajar pantas berpecah antara lelaki dan perempuan serta mula beratur. Masing-masing cuak mendengar suara lantang y/n berserta air muka bengisnya.
"Ah, habislah singa betina dah datang." kata salah seorang pelajar yang lalu berdekatan Chan.
"Dia bukan bergurau ni! Tahun lepas bukan main gila dia hancurkan kerusi tu. Cepat lari!"
Semua pelajar kelihatan gerun kecuali Chan yang masih tercegat di tempatnya. Dia tidak takut gadis itu. Malah amat menghormatinya. Y/n ternampak Chan lalu segera mendekati lelaki itu.
"Ha adik... kalau nak beli makanan beratur ya? Pergi beratur kat sebelah sana." kata y/n sambil kenyit mata kepada Chan.
Chan menahan gelak lalu beratur hendak membeli semangkuk mi sup. Y/n pula membeli burger dan bergegas pergi dari kantin selepas itu.
Sejak hari itu, y/n datang ke kantin lebih awal setiap hari untuk memantau sekiranya pelajar tidak beratur.
"Barisan apa ni? Aku nak berbaris kat mana?!!" Itulah ayat yang biasa keluar dari mulutnya.
'ah, gadis cenge tapi hebat!' bisik hati Chan.
Sejak kejadian itu, semua pelajar semakin berdisiplin di kantin. Malah akan beratur dengan lurus apabila y/n muncul di kantin.
Habis saja makan, Chan berhasrat mahu membeli minuman. Dia menyuruh Han balik ke kelas dahulu kemudian beratur di belakang y/n. Namun gadis itu tidak menyedari Chan di belakangnya. Mata Chan melirik ke arah sanggul y/n.
"Y/n." Chan memanggil perlahan.
Namun gadis itu tidak dengar kerana suasana kantin agak bising.
"Y/n!" Chan memanggil lagi sambil menyentuh rambut gadis itu.
Y/n tersentak apabila merasakan ada yang menyentuh kepalanya. Tidak semena-mena api kemarahan tercetus kerana dia agak pantang orang menyentuh kepalanya.
'siapa yang berani sentuh kepala aku?!!' jerit y/n dalam hati.
Dia segera berpaling dengan muka bengis. Tapi lelaki di belakangnya tinggi lampai hingga kepala y/n hanya paras dada lelaki itu. Namun y/n dapat mengecam susuk tubuh sasa ini adalah Chan sebelum dia mendongak dan memandang wajah itu.
"Nak makan apa? Biar aku belanja." Chan tersenyum lebar.
Y/n terkaku seketika mendengar pelawaan Chan dengan nada suara sungguh memukau.
"Nak beli apa? Biar aku bayar." tanya Chan lagi.
"Apahal tetiba je nak belanja aku?"
"Sebagai tanda terima kasih kat kau sebab ajar budak-budak ni beratur."
"Ah, tu benda lama lah. Apahal sekarang baru nak balas budi aku?"
"Ye lambat tapi budi masih perlu dibalas."
"Yelah kau belanja." kata y/n sambil tersenyum gembira.
Ah, siapa sangka gosip baru pula timbul. Insiden Chan menyentuh kepala y/n dan kemudian belanja gadis itu makan tersebar lagi. Ramai yang bercakap-cakap tentang itu sehingga mereka sendiri pun mendengarnya.
'tapi kenapa kau relaks je, y/n? Apa yang aku perlu buat supaya kau berasa cemas dengan perasaan ni?' getus hati Chan.