22

26 4 0
                                    

"Ayah aku bagi hadiah."

"Eh tiba-tiba je ayah kau bagi hadiah..."

"Sebab aku menang pendebat terbaik." jawab Chan bangga.

"Hadiah apa? Kau suka tak?" tanya y/n tersenyum menampakkan lesung pipit.

"Suka gila!" kata Chan sambil keluarkan kamera digital yang disorok di belakang.

"Wah, kamera tengah trending sekarang!" kata y/n sampai terbuntang mata.

Dia teruja melihat hadiah pemberian ayah Chan.

"Aku dah cuba snap gambar tau."

"Nak tengok."

"Tengoklah." kata Chan sambil menunjukkan skrin kamera kepada y/n.

Y/n membelek kamera di tangan dengan riak teruja. Chan mengajar gadis itu cara syot gambar.

"Sini nak tengok gambar tu."

Chan tunjuk lagi gambar pada skrin yang baru saja diambil.

"Wah! Cantiklah. Nampak artistik gila." kata y/n sambil membelek gambar satu demi satu.

Dia terpegun melihat hasilnya. Selepas belajar beberapa teknik menggunakan kamera itu, y/n serah semula kepada Chan. Senyuman puas terukir di wajah Chan ketika dia menyambut kamera yang dihulur.

"Kenapa amik gambar objek je? Ambik lah gambar orang pulak." cadang y/n.

"Aku tak sukalah ambik gambar orang."

"Gambar aku?"

"Tak naklah!"

"Kenapa?"

"Kan dah cakap tadi. Aku tak suka ambil gambar orang "

"Hmm... Satu pun tak boleh ke?" tanya y/n buat reaksi sedih.

Chan berpura-pura tidak dengar. Y/n masih buat muka sedih. Sempat Chan curi-curi pandang gadis itu. Tidak semena-mena lelaki itu tersengih. Y/n mengeluh Dan tidak mahu memaksa lagi.

'haih y/n, kalaulah kau tahu... Dapat je kamera semalam, aku cuma fikir nak snap gambar kau je. Tapi mana boleh aku tunjuk terujanya aku nak snap gambar kau. Silap haribulan, kau tak selesa dengan aku. Kau kan suka orang lain.'

'Bagilah aku betul-betul pro dulu. Kalau dah pandai nanti, aku akan ambik gambar kau. Bukan sekeping. Tapi berkeping-keping. Kalau boleh satu kamera penuh dengan gambar kau. Masa tu mungkin kau cuma anggap aku tangkap gambar kau sebab nak test kemahiran aku.' desis hati Chan.

[C] Bersaksikan Bulan Where stories live. Discover now