21

22 5 2
                                    

Y/n sibuk menyiram tanaman kesayangan. Mukanya monyok dan tidak bersemangat.

"Kenapa muka monyok semacam?" tanya Chan yang sejak tadi memerhati tingkah laku y/n.

"Gaduh lagi dengan mak aku."

"Mak kau tak bagi pergi canping lagi ke? Ish, korang ni. Asyik gaduh je. Bilalah nak elok."

"Maka aku tu suka carik pasal. Silap sikit melenting. Dua tiga hari lepas tu baru elok balik. Lepas tu gaduh balik. Stress aku. Pantang tengok aku happy sikit. Dia sikit pun tak faham perasaan anak kandung dia sendiri. Aku..."

"Kau apa?" tanya Chan tidak sabar bila bicara y/n terhenti.

"Aku rindukan ayah aku. Setiap kali gaduh dengan mak, mulalah perasaan tu datang. Aku pasti kalau ayah masih ada, aku takkan pernah bertengkar dengan dia. Dia faham perasaan aku. Tak macam mak yang cuma suka carik pasal dengan aku."

Y/n terbayang samar-samar susuk ayahnya yang sentiasa tersenyum manis. Sememangnya dia rapat dengan ayahnya. Tapi dia jarang meluahkan rasa rindu itu pada ibunya. Dia tidak mahu menangis setiap kali ternyata kenangan lalu. Hanya Chan tempat dia meluahkan rasa.

"Ayah kau meninggal masa kau umur berapa eh?"

"Kitorang pindah sini lepas ayah meninggal."

"Kau ingat lagi wajah ayah kau?"

"Ingat-ingat lupa. Cuma aku selalu terbayang sikap penyayang ayah. Dia suka senyum."

"Aku rasa kau kena cuba faham mak kau. Dia kena hadap semuanya seorang diri. Dahlah hilang suami. Lepas tu nak jaga kau lagi. Aku bukan apa, tapi aku rasa kau kena bagi mak kau peluang dan ruang."

"Ya aku faham. Kalau ikutkan hati, dah lama aku bawa diri. Sebab ayahlah aku terus bertahan."

"Kau faham apa tu kasih sejati?"

"Kasih sejati?"

"Seseorang yang takkan mengalah dan terus bersama tak kira betapa susah dan perit situasi. Aku faham perasaan kau. Kau takkan tergamak tinggalkan mak kau."

Y/n tersentuh dengan kata-kata Chan. Dia sebak.

"Boleh tahan jugak kau ni bila bagi nasihat." kata y/n mula mengukir senyuman.

Chan sengaja menoleh ke arah lain supaya y/n tak berasa tidak selesa ketika menunduk dan mengesat air mata.

"Aku dapat rasakan kasih sayang sejati dalam hati kau terhadap mak kau. Tak kira macam mana pun dia buat kau bersedih, aku yakin kau takkan tinggalkan dia. Mungkin kau tak nak mengaku tapi aku tahu kau anak yang baik."

Y/n cuma membisu. Selama ini tiada siapa mampu membaca isi hatinya sehingga buat air mata berlinangan. Inilah sisi istimewa Chan. Dia cukup faham perasaan y/n.

"Terima kasih." ucap y/n.

"Aku nak cakap sesuatu kat kau, tali takut-takut kau marah."

"Cakap jelah."

"Rupa kau sebiji macam anjing Hyunjin bila tengah menangis."

"Apa?!!" soal y/n sambil menumbuk bahu Chan.

"Aku pun ada sesuatu nak cakap. Tapi takut kau marah." y/n sengaja ulang kata-kata Chan.

"Cakaplah."

"Kau nampak macam Vampire masa berbahas semalam."

"Weh aku bukan vampire lah."

"Rasanya aku patut panggil kau vampire gedik."

Mereka berdua ketawa terbahak-bahak.

'Semuanya sudah ditentukan. Dalam usia yang masih muda begini, kita perlu tabah dan bersabar. Sebab orang dewasa juga tabah dan sabar bila berdepan karenah kita. Setiap orang perlu belajar menyayangi dan menghormati ahli keluarga. Tak salah ikut kehendak diorang demi menggambarkan kasih sayang kita.'

'Aku sayangkan kau y/n. Aku akan layan seperti apa yang kau selesa dan suka untuk buat kau gembira. Tak kiralah macam mana sekalipun hati ni sakit, tak semudah tu aku tinggalkan kau.' desis Chan.

[C] Bersaksikan Bulan Where stories live. Discover now