Chan leka ambil gambar pemandangan dari balkoni manakala aku pejam mata mengingati kejadian yang berlaku awal pagi tadi. Puas mengambil gambar, Chan berpaling dan memandang tepat ke muka aku.
"Senyap je arini."
"Aku masuk Kelab Sastera."
"Eh, bukan ke kau tak suka aktiviti berkumpulan? Kenapa tiba-tiba je?"
"Err... Sebab Felix lah."
"Oh ya, baru aku ingat. Felix kan pengerusi kelab tu."
"Hmm..."
"Okey jugak tu."
"Serius?"
"Mestilah. Korang kan suka sastera. At least korang sama hobi. Paling penting kau dah selangkah ke depan dan bukan tunggu je. Teruskan usaha!"
"Terima kasih."
"Rapatkan jurang antara korang berdua."
"Hmm... Baiklah aku cuba!"
Aku jadi makin yakin apabila Chan beri sokongan begitu.
'Terima kasih, kawan. Kau sentiasa faham aku.'