"y/n aku kenal dulu lembut dan peramah."
"Lembut? Kau demam ke sakit apa ni? Bila masa pulak aku lembut dengan kau?" tanya y/n sambil tergelak besar.
Aku menggeleng. Y/n depan aku ni gelak besar macam kena sampuk polong. Macam orang berbeza pula y/n semasa kecil dan y/n yang sekarang.
"Aku ingat lagi kali pertama nampak lah kau dulu."
Alamak! Harap-harap dia tak bukak cerita nampak aku mencangkung di balkoni sambil menangis. Buat malu je.
"Aku nampak kau panjat tong sampah besar tengah cari beg. Risau juga aku. Aku takut kau jatuh dalam tong tu. Kalau jatuh nanti, macam mana kau nak keluar? Masin mulut aku. Kau betul-betul jatuh dalam tong sampah tu."
"Eh macam mana kau tahu?"
"Sebab aku yang tolong kau."
"Kau ke orangnya?"
"Yelah. Selama ni kau tak tahu ke aku yang tolong kau?" tanya y/n sambil menjongket kening.
Aku serba salah. Terus teringat kisah lama.
Menonggeng aku cari beg sekolah dalam tong sampah besar. Nasib tak baik. Akhirnya aku jatuh dalam timbunan sampah. Aku mendongak. Cuma nampak langit biru dilindungi awan putih. Semangat semakin hilang. Tak tahu apa patut dilakukan.
Terkial-kial aku hendak keluar. Hendak panjat tidak boleh, apalagi melompat. Aduh... Apa nak buat ni? Tiba-tiba aku nampak tangan terjulur.
"Hai! Biar aku tolong."
Aku segera capai beg dan memegang erat tangan yang dihulur. Sekelip mata saja aku berjaya keluar dari tong sampah besar.
"Tangan kau ke? Tapi sado gila tangan kau."
Y/n senyum sambil mengangguk.
Ish, macam tak percaya je. Biar betul tu tangan y/n? Selama ni aku ingat tangan budak lelaki atau cikgu.
"Terima kasih tolong aku dulu. Kalau tak, terperaplah aku dalam tong sampah tu."
Malu pula aku nak hadap muka y/n. Kalau boleh aku tanak y/n nampak muka aku sekarang.
"Macam mana kau cam tu aku?"
"Aku cam tanda lahir bentuk anak bulan kat tangan kanan kau tu. Masa tarik kau dari tong sampah, lagi clear tanda lahir kau. Lencana kau pakai pun aku nampak."
Aku menunjuk tangan ke arah
y/n. Gadis itu mengangguk apabila nampak tanda lahir yang sama."Kau tak cakap pun kau tolong aku masa kat balkoni hari tu." kataku.
"Masa tu kan kau malu nak mengaku kau nangis. Aku rasa kau mesti malu nak mengaku kau yang jatuh dalam tong sampah kan?"
Aku terdiam.
"Tak sangka lepas tu kita jumpa kat balkoni. Siapa sangka kan? Takdir atau kebetulan?" sambung y/n.
"Terima kasih y/n. Kau sememangnya bidadari penyelamat aku yang cantik menawan." ujar ku sampai terluah apa yang aku pendam dalam hati selama ini.
"Eww! Jijiklah kau ni. Jangan buat aku loya boleh tak? Aku tak biasalah dengar ayat jiwang macam tu." kata y/n sambil ketawa terbahak-bahak.
"Hmm... Betul juga. Menyesal aku cakap kau bidadari. Sebab kau tu bila gelak, sebiji macam jantan."
"Ops... Bukan jantan tapi princess."
Tergelak aku mendengar kata-kata y/n.
'y/n, aku hanya nampak sekali je sisi lembut kau. Sejak tu, aku tak pernah lupa dan sentiasa rindukan kau yang dulu. Esoknya kau terus berubah jadi si singa.'