77

20 1 0
                                    

"y/n, cepat bangun!"

Y/n terkebil-kebil apabila terdengar suara memanggil namanya sayup-sayup. Wajah Chan kelihatan samar-samar di depannya. Dalam separuh sedar, baru dia ingat yang dia tertidur rupanya.

"Dah pagi?" Tanya y/n.

Pandangannya masih kabur kerana dia terlalu mengantuk. Dia cuba gagahkan diri bangun.

"Belum. Tu, aurora dah muncul." Kata Chan.

Mata y/n membulat. Mengantuknya hilang serta-merta lalu dia bangun pantas. Mereka buka zip khemah dan mendongak ke langit. Chan capai kamera dan mengambil beberapa keping gambar dari pelbagai sudut. Sememangnya dia berhasrat untuk menyimpan segalak yang indah sebagai kenangan manis buat mereka.

"Wah... Warna dia lainlah! Warna-warni. Tak sangka dapat tengok aurora secantik ni!" Kata y/n teruja.

Chan ralit memandang wajah y/n yang sungguh teruja.

"Y/n... Selamat hari jadi."

"Hah? Chan...!" Jerit y/n.

Air mata bergenang di tubir mata. Sungguh dia tidak sangka Chan mengingati hari lahirnya. Chan tergelak melihat wajah terharu y/n. Sungguh comel di matanya.

"Aku sendiri pun lupa hari ni birthday aku." Sambung y/n sambil mengesat air mata yang mula mengalir.

"sshhh y/n... Kau banyak sangat menangis." Pujuk Chan.

"Patutlah kau nak datang sini malam ni jugak kan?" Soal y/n.

"Ya, sayang. Selamat hari lahir! Saat indah malam ni adalah hadiah yang tertangguh selama 10 tahun, untuk kau." Kata Chan sambil mengusap rambut y/n.

"Terima kasih, Chan. Ni hadiah hari jadi yang terindah pernah aku dapat."

Y/n memandang alam sekeliling yang dihiasi aurora. Tanpa disangka, Chan mengucup dahinya lembut. Dia terpaku seketika.

"I love you, si singa!" Ucap Chan sambil memandang tepat mata gadis di depannya.

"I love you too." Jawab y/n sambil mengesat air matanya yang tidak henti jatuh di pipi.

Y/n menyandar kepala pada bahu Chan. Lantas lelaki itu membelai rambutnya yang terurai tidak lagi bersanggul.

"Y/n... Kaulah aurora di hatiku."

[C] Bersaksikan Bulan Where stories live. Discover now