29

19 2 0
                                    

"Tunggu apa lagi? Pergilah cepat!"

"Tapi dia tak cakap ape pun..."

"Kalau dia tak ajak, kaulah mulakan. Kena korang dah terpilih. Takkan dia buat tak tahu je?"

"Tapi kawan aku dulu, lelaki yang mulakan. Malulah kalau aku yang mulakan dulu. Macam perigi cari timba pulak!" y/n mencebik.

"Ape lah kau ni! Zaman dah berubah okey? Tak payah dah tunggu dia mulakan."

"Tak naklah aku. Macam pelik je."

Wajah y/n masam mencuka. Chan sedar api kemarahan gadis itu bakal meletup bila-bila masa saja. Fikir Chan, kalau nak selamat, better tukar topik.

"Ada benda aku nak bagitau kau ni."

"Apa dia?"

"Ramai lelaki minat kau tau."

"Pandailah buat cerita. Aku bukan macam kau... Hari-hari dapat surat cinta."

"Diorang suka kau. Tapi takut nak tulis surat."

"Kenapa pulak?"

"Setakat suka je tapi tak berani bagi surat. Maklumlah kau kan singa betina."

"Tak logiklah dorang ni. Buat apa nak takut?"

"Cinta tu memang buta. Nak buat macam mana... Mahu tapi takut."

"Kau kan pendebat terbaik. Entah-entah kau kelentong aku."

"Buat apa nak kelentong? Dorang tu memang takut nak tulis surat. Takut kena reject pun ye jugak."

"Kalau macam tulah, bukan cinta namanya." kata y/n sambil menjeling Chan.

"Eleh... kutuk orang pandailah. Kau pun dua kali lima je. Beria-ia suka kat Felix tapi tak berani cakap depan-depan. Poyo!"

Terkedu y/n dengar serang balas Chan.

"Menang tak silap lagi. Kau memang pendebat terbaik." kata y/n dengan riak serius.

Chan cuma tersengih. Kalau ikutkan hati y/n, sudah lama penumbuknya singgah ke muka Chan.

"Kau tahulah aku ni macam mana kan? Kau ingat ada orang suka kat aku ke?"

"Aku percaya ada lelaki yang boleh terima cara garang kau tu."

"Boleh terima?"

"Okey macam ni..."

Y/n ubah posisi duduk. Nampaknya topik semakin hangat.

"Perempuan cenge macam kau cuma pamer sisi lembut depan orang kau suka je."

"Ye ke?"

'Aku faham sangat perangai garang kau tu. Aku pun tahu kelemahan kau. Aku dah belajar macam mana nak handle dan pujuk kau.Perempuan cenge macam kau cuma tunjuk sisi lain depan orang yang disukai je.'

'Mujur aku faham sisi lain kau. Pernah sekali kau tunjuk kelembutan depan aku. Tu yang buat aku terpikat dengan kau. Aku rindukan sisi kau yang tu... Antara memori terindah bagi aku.' kata hati Chan.


[C] Bersaksikan Bulan Where stories live. Discover now