63

14 1 0
                                    

Y/n membelek peti mesej blog. Ada mesej dari seorang blogger. Sememangnya dia selalu berbual dengan kawan blogger melalui chatting.

Pujangga:
Hai, Jiwa Harapan.

Jiwa Harapan:
Hai, dah lama kau menghilang. Ingat dah tak nak borak dengan aku.

Pujangga:
Taklah. Mana ada, aku cuma buat kebelakangan ni. Oh ya, kita kan dah lama kenal kat blog, apa kata kita jumpa kat luar?

Jiwa Harapan:
Aku tak minat lah nak jumpa kawan blog.

Pujangga:
Alah, apa salahnya? Aku bukannya pervert!

Jiwa Harapan:
Hmm... yela yela.

Kebetulan blogger menggunakan nama Pujangga juga tinggal di bandar yang sama dengan y/n. Jadi mereka berjanji untuk bertemu.

Sebaik saja berjumpa, y/n betul-betul terkejut. Dia tidak pernah menyangka rupa-rupanya Pujangga ialah Felix. Y/n gembira dan teruja dapat bertemu Felix. Lebih-lebih lagi bila mengenangkan Felix lah kawan yang sering berbual dengannya di blog.

"Tak sangka Pujangga tu kau."

"Tapi aku tahu je Jiwa Harapan tu kau." Kata Felix.

"Eh, macam mana kau tahu?"

"Sebab kau pernah sebut nama Felix dalam blog kau."

"Ala kantoi pulak. Kau contact lagi tak dengan Sarah, ex-girlfriend kau tu?" Soal y/n.

"Tak. Dia dah kahwin dah ada anak dah pun."

"Oh yeke? Sorry..."

Tiba-tiba y/n teringatkan Chan. Dia mula tertanya-tanya, mungkinkah Chan juga sudah beristeri dan menjadi ayah?

"Kau masih sukakan Chan ke? Dialah Bulan Baru yang selalu kau sebut dalam blog kan?" Soal Felix.

"Hei, dah 10 tahun berlalu. Tu kisah lama. Tapi macam mana kau tahu Bulan Baru tu Chan?"

"Sebab dalam blog kau selalu terkenang masa korang berbual setiap hari kat balkoni. Dulu pun kau pernah cakap kat aku fasal tu. Aku pasti, dia sorang jelah jiran yang rapat dengan kau."

"Bagus jugak memori kau eh?"

"Ala relaks lah, y/n. Aku tengok kau selalu sedih bila cakap pasal Bulan Baru. Kau anggap je kisah kau ni macam drama Korea. Perpisahan masa remaja mesti akan dipertemukan lagi 10 tahun kemudian. Lepas tu jatuh cinta sekali lagi."

"Weh kau ni... banyaklah kau punya drama Korea." Kata y/n sambil tergelak.

"Betullah. Tak mustahil pun."

"Tapi aku langsung tak tahu dia kat mana sekarang." Riak y/n berubah sedih.

"Kalau ada jodoh, korang mesti jumpa."

"Hmm... nasib kau jauh lagi baik berbanding aku, Felix."

"Kenapa kau cakap macam tu?" Dahi Felix berkerut.

"Sekurang-kurangnya kau tahu pasal Sarah. Aku langsung tak tahu pasal Chan. Macam tak ada peluang langsung nak jumpa dia walaupun aku nak sangat." Y/n kesal.

"Ala... tak ada lah nasib baik mana pun. Sarah pun dah lupakan aku. Yang penting kita berlapang dada. Weh, kau dah cari ke Chan kat FB, IG atau Twitter?" Soal Felix.

"Dah. Puas aku cari, tapi memang tak ada. Aku harap sangat dapat jumpa dia, Felix. Nak tahu life dia macam mana... rupa dia macam mana. Kau rasa dia dah lupakan aku ke? Atau dia dah jumpa seseorang yang buat dia bahagia?" Soal y/n dengan linangan air mata.

Dia mengawal diri dan cuba tahan sebak. Felix kelu tidak tahu jawapan apa harus diberikan. Dia juga sedih melihat y/n sedih macam tu.

"Y/n, tak payah tahan diri dari menangis."

"Aku tak larat dah nak menangis. Tapi air mata ni tak pernah nak kering." Kata y/n sambil mengesat air mata di pipi.

Pantas Felix ambil beberapa helai tisu lalu dihulur kepada y/n. Gadis itu tidak dapat mengawal kesedihan lalu melepaskan tangisan semahunya. Felix sengaja memberi ruang hingga tangisan y/n reda.

"Kau rapat dengan blogger lain tak?" Tanya Felix setelah pasti y/n kembali okay.

"Tak ada yang rapat pun. Sekadar chatting biasa je."

"Kau nak tahu sesuatu tak? Entah kenapa aku syak seorang blogger ni sebenarnya Chan. Nama pena dia Putera. Tapi tak pasti betul ke tak." Kata Felix separuh berbisik.

"Putera? Blog dia 'Sketsa Hikayat Putera' tu ke? Biar betul kau ni?"

Dahi y/n berkerut. Matanya terbuntang dan keningnya terjongket. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang Felix katakan.

"Hah, betullah tu. Kau cubalah chat dengan dia. Lepastu ajak dia jumpa." Cadang Felix penuh yakin.

[C] Bersaksikan Bulan Where stories live. Discover now