Setelah menangis seharian sehingga mata bengkak, akhirnya y/n gagahkan diri mendaftar keluar dari motel. Sebaik mengucapkan selamat tinggal kepada Puan Sophie, dia mendapatkan teksi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Edinburgh. Hatinya kini bukan saja kosong, malah dia berasa terlalu hampa.
Ada tempoh tiga jam sebelum penerbangannya. Tiba saja di lapangan terbang, y/b menuju ke sebuah kafe. Dia berjanji dengan seseorang untuk bertemu di sini sebelum pulang ke Malaysia.
"Aku tak sangka semua ni berlaku, Jake." Y/n menangis lagi.
Segalanya telah diceritakan kepada Jake.
"Sabar y/n. Aku faham perasaan kau."
"Kenapa takdir hidup kitorang macam ni?" Tanya y/n walaupun dia tahu Jake tiada jawapannya.
"Jangan putus asa dulu. Kita belum tahu apa yang jadi. Okey y/n... Kalaulah kau jumpa Chan, apa yang kau nak sangat cakap kat dia?"
Y/n angkat muka memandang tepat wajah Jake.
"Aku nak terus terang yang aku suka dia. Aku... cintakan dia."
"Kau akan cakap macam tu depan dia?" Tanya Jake lagi.
"Ya, tapi dapat ke aku jumpa dia lagi?" Keluh y/n.
"Kalau dia tolak cinta kau?"
"Apa maksud kau?" Soal y/n dengan dahi berkerut.
"Aku lelaki, y/n. Aku tahu perasaan lelaki. Dia menghidap limfoma. Tak mustahil kalau dia sengaja elak jumpa kau sebab dia tak nak kau tengok keadaan dia." Kata Jake yakin.
"Jake... Tak kira apa yang jadi, aku akan paksa dia terima cinta aku."
"Betul ke ni kau nak terus balik Malaysia? Tak nak cuba cari Chan dulu?"
"Ah, aku dah tempah tiket flight. Lagipun macam mana aku nak cari dia?"
Jake diam tidak berkata apa-apa. Dia berasa simpati melihat y/n mengesat saki-baki air mata dengan tisu. Y/n menjeling jam di tangan.
"Eh, aku dah kena pergi." Kata y/n.
Pantas dia berdiri lalu mencapai beg tangan dan menarik bagasi. Jake mengekori gadis itu.
"Okeylah Jake. Aku pergi dulu. Walaupun tak dapat jumpa Chan, sekurang-kurangnya aku jumpa kau. Terima kasih sudi kawan dengan aku." Ucap y/n sambil berusaha memberi senyuman.
"Aku pun happy dapat kawan dengan kau. Selamat jalan, y/n." Jake melambai sambil memberu senyuman manis.
Selepas menjalani pemeriksaan imigresen, y/n menggalas beg sambil memegang pasport. Belum jauh melangkah, tiba-tiba ada sesuatu terlintas di benaknya. Dia segera menoleh. Jake masih berdiri di situ memandangnya dengan senyuman.
Jake mula berasa ada yang tak kena. Pandangan y/n lain macam. Gadis itu menyatakan sesuatu kepada pegawai imigresen sebelum bergegas kembali ke pintu masuk. Mata Jake terbuntang. Dahinya berkerut. Dia berasa pelik melihat gadis itu berpatah balik.
"Kenapa? Tertinggal barang ke?"
Nafas y/n mencungap dan degupan jantungnya semakin kencang.
"Betul ke kau ni Putera?"
"Hah?" Jake antara dengar dengan tidak.
"Kau ni betul-betul Putera ke? Baik kau buktikan sekarang yang kau tu Putera!" Tegas y/n.
"Ke... kenapa tiba-tiba tanya macam tu?" Jake tercengang.
Melihat Jake tergagap-gagap beserta air muka berubah serta-merta, y/n semakin mengesyaki lelaki itu. Y/n menarik nafas dan dihembus perlahan sebelum melanjutkan soalannya.
"Aku tak pernah bagitau kau nama sebenar Bulan Baru tu Chan. Tapi tadi kau sebut nama dia. Macam mana kau tahu?!!" Soal y/n dengan suara sedikit meninggi.
Jake mengeluh sambil memandang ke arah lain. Dia mula cuak. Dalam hati, dia memarahi diri sendiri kerana cuai.
"Baik kau terus terang sekarang!" Jerit y/n dengan aura singanya yang sekian lama tersimpan.
Mulut Jake terus tertutup rapat. Mata y/n mula digenangi air hangat. Dia pastu Jake ada kena-mengena dengan Chan.
"Jake, Chan kat mana sekarang?"
'selamatkan aku yang tak berdosa ni!' kata Jake sambil pejam mata.
