Wahai Bulan Baru,
Perempuan cenge macam aku cuma pamer sisi lembut depan orang yang aku suka je. Tulah yang kau kata, kan? Ya, ada benarnya kata-kata kau. Selama ni aku rasa rendah diri sebab aku bukan jenis mesra dengan orang. Lebih teruk, aku digelar singa betina. Nak buat macam mana? Aku memang cepat melenting. Tapi aku bersikap macam ni semata-mata untuk lindungi diri.
Selama ni aku tak tahu pun ada sisi lain dalam diri aku. Kau selalu sebut aku ada sisi lain. Dan Felix juga dah sedarkan aku fasal ni semasa kami dating. Kau tahu... Aku tak sangka aku jadi lemah dan tak berdaya semasa kau tinggalkan aku. Rupa-rupanya selama ni, hidup aku dihiasi keindahan hanya kerana kehadiran kau. Bila kau tak ada lagi di sisi, aku hilang tempat berpaut.
Jiwa Harapan
Cinta sejati yang terlerai di tengah jalan cuma jadi kenangan terindah bagiku. Satu saja aku nak beritahu. Aku tidak pernah lupakan kau. Sifat bertimbang rasa, caring dan kemesraan kau segar dalam ingatanku.
Ah, selama ni kau hadir depan mata aku dengan jiwa yang ikhlas. Tapi kenapa aku buta dan gagal menilai perasaan kau? Aku ingin kembali ke masa lalu untuk mengubati hati kau yang terluka. Jika masa boleh diundur, aku takkan biarkan kau sunyi. Aku akan pegang erat tangan kau dan takkan lepaskan.
YOU ARE READING
[C] Bersaksikan Bulan
Hayran KurguKadang cinta itu bercahaya, meskipun tersembunyi.