Tidak dinafikan Felix berbakat bermain piano. Suatu hari ada pertandingan tahunan di sekolah. Felix tidak ketinggalan turut serta. Inilah peluang dia tunjuk bakat.
Sebelum pertunjukan bermula, Felix kelihatan terkejut apabila ternampak y/n hadir memberi sokongan. Selesai saja Felix buat persembahan, y/n segera me belakang pentas bertemu Felix.
"Terpaku aku dengar kau main piano tadi. Merdu sangat." kata y/n sambil menghulur sekuntum bunga mawar dan sepucuk surat dalam sampul.
Felix sedikit terkesima namun dia menyambut huluran y/n.
"Terima kasih, y/n." kata Felix.
Terkejut juga kerana dia tidak pernah dapat sebarang hadiah sebelum ni. Y/n menyembunyikan rasa gementar. Dia berkira-kira mahu luahkan perasaan.
"Aku nak beritahu sesuatu. Err... Aku... Sukakan kau. Entahlah... Sejak dating hari tu, terus perasaan tu muncul."
'ah... kata-kata keramat ni terluah juga.'
Felix terkedu mendengar pengakuan berani y/n. Cepat-cepat hadis itu menunduk.
"Terima kasih." jawab Felix tergagap-gagap.
"Kau pulak? Aku nak tahu juga perasaan kau terhadap aku..." tanya y/n.
Tapak tangannya dibasahi peluh.
"Aku hargai perasaan kau, y/n. Tapi buat masa ni aku belum terfikir pasal cinta. Lagipun habis SPM nanti aku bercadang nak belajar kat oversea. Aku tak yakin sangat dengan hubungan jarak jauh ni. Aku tak nak timbulkan sebarang masalah."
'sudah terang lagi bersuluh. Nampaknya cuma aku seorang yang tergila-gilakan dia. Memang tak ada istilah cinta dalam hidupnya buat masa ni.' y/n mengeluh dalam hati.
"Tapi kita masih boleh terus berkawan kan?"
"Buat masa ni rasanya tak payahlah. Kita buat hal masing-masing... Tu lebih baik." jawab Felix ringkas.
'ah, macam tu je?'
"Aku faham. Aku ikut cakap kau. Kalau macam tu, aku pergi dulu lah." kata y/n menahan sebak.
Sedih bila perasaannya ditolak mentah-mentah. Tapi dia tetap paksa bibir mengukir senyuman. Y/n kuatkan kaki untuk terus berlalu dari situ. Tidak mahu Felix nampak raut wajah dan matanya yang sudah merah. Hanya tunggu masa air mata menitis.
