┏━━━━°⌜ 🖇️💌 ⌟°━━━━┓
"Y/n... Kaulah aurora di hatiku."
┗━━━━°⌜ 🖇️🥛 ⌟°━━━━┛
Selain y/n, lebih kurang 10 pelancong menyertai rombongan perkhemahan di daratan tinggi untuk melihat aurora. Tiba saja di daratan tinggi, masing-masing mendirikan khemah. Mujurlah y/n pernah menyertai perkhemahan Pandu Puteri masa zaman sekolah. Jadi dia tiada masalah mendirikan khemah sendirian.
Malam mula melabuhkan tirai. Y/n ralit menikmati pemandangan yang sungguh indah di kawasan itu. Cuaca agak dingin. Dia memakai winter coat, stoking berbulu serta mafela yang membaluti bahagian leher. Dia menyelimuti tubuh dengan selendang lalu duduk dalam khemah.
Saat dia memandang langit melalui pintu khemah yang terbuka, perasannya diserbu rasa sepi. Kesepian semakin terasa tatkala waahh Chan singgah di ingatan. Sudah lama dia menunggu kemunculan lelaki itu, namun penantiannya sia-sia. Malah kedatangannya dari jauh untuk berjumpa Chan juga menghampakan.
Y/n tidak dapat menahan sebak. Bersusah payah dia mengharungi cuaca kedinginan hinggalah kini dia berjaya berada di daratan tinggi. Tapi jiwanya tetap kosong. Dia tidak gembira langsung. Pantas kolam matanya dipenuhi air hangat lalu menitis di pipi. Mood nya untuk menunggu kemunculan aurora terbantut.
"Kenapa kau dah tak ada di sisi aku sekarang?" Rintih y/n.
Tidak lama kemudian, matanya terasa berat dan mengantuk tidak tertahan lagi. Akhirnya dia tarik zip khemah ke atas hingga tertutup sepenuhnya. Dia sempat mengesat air mata di pipi ketika hampir terlelap.
"Wah! Cantiknya!"
"Cantik sangat!"
Suasa riuh-rendah di luar mengejutkan y/n. Serta-merta mengantuknya hilang. Dia segera tarik zip khemah ke bawah lalu menampakkan pemandangan di luar. Peserta rombongan yang lain juga berada di luar khemah masing-masing.
Alangkah terpegunnya y/n apabila melihat pemandangan begitu mempesonakan. Inilah pemandangan aurora diimpikan sejak kecil. Dia seakan tidak percaya kini keindahan aurora depan mata. Y/n segera menyarung kasut dan mencapai kamera lalu keluar dari khemah.
Setelah menghalakan posisi fokus kamera, dia terus ambil gambar. Pemandangan indah dirakam dari pelbagai sudut. Y/b begitu teruja. Baginya aurora ibarat cahaya dari kayangan. Cahayanya lembut hingga menghadirkan rasa tenang bagi sesiapa yang melihatnya. Malah mungkin mampu memadam seketika lara dia jiwa tatkala menikmati keindahannya.
Alunan aurora bagaikan tarian mengasyikkan di langit gelap. Y/n terpesona sehingga matanya tidak berganjak langsung menatap aurora. Itulah cahaya yang dia dan Chan pernah berjanji untuk saksikan bersama suatu ketika dahulu.
Setengah jam kemudian, pancaran aurora berakhir. Y/n dan pelancong lain mula memasuki khemah. Masing-masing sudah kepenatan. Y/n meletakkan kepala atas bantal. Setengah jam berlalu, namun dia masih tidak dapat melelapkan mata.
Y/n masih mengenang peristiwa lalu. Ketika Chan berjanji mahu melihat aurora bersamanya di sini. Sungguh dia terkilan kerana perjanjian 10 tahun lalu tidak tertunai. Sekali lagi dia tidak dapat mengawal tangisan. Bagaikan paip rosak, air mata terus laju menitis.
BIP! BIP!
Deringan menandakan WhatsApp masuk buat dia tersentak. Pantas dia mengesat air mata dia pipi sambil memeriksa telefon bimbit. Mata gadis itu membuntang sebaik membaca mesej Jake.
Jake:
Haih kau ni y/n... Kan dah pesan jangan nangis.Y/n:
Weh, seriuslah! Macam mana kau tahu aku nangis?