Aku tengah ralit berdiri di balkoni sambil merenung bintang di langit. Tiba-tiba y/n hulur seplastik sayur.
"Mak suruh bagi sebagai tanda terima kasih tolong kitorang hari tu."
"Alah.... Tak ada apalah. Dah nama pun jiran. Kena lah tolong-menolong. Auntie dah okey ke?"
"Dah okey sikit. Hmm... Cantik betul langit malam ni. Banyak bintang. Terang-benderang."
"Aku nak tengok meteor." kataku.
"Ayah pernah bawak aku bercuti kat pulau masa kecil dulu. Bila waktu malam, aku boleh nampak banyak buruj dan meteor." y/n mula bercerita.
"Aku kagum dengan kau sebab selalu ingat kenangan manis." kataku lagi.
Y/n hanya tersenyum.
"Aku teringin nak tengok aurora."
"Aurora?" soalku.
"Haah. Mesti cantik kan?"
"Kau nak tengok kat mana?"
"Scotland. Negara favorite ayah aku. Dulu dalam perancangan, ayah akan dihantar ke Scotland selama seminggu atas urusan kerja. Masa tu ayah janji nak bawa aku pergi sana. Tapi malangnya ayah meninggal tak lama selepas tu.
"Jadi aku janji nak ke sana suatu hari nanti. Ayah pernah tengok aurora kat sana. Aku pun nak tengok." y/n bercerita dengan senyuman berbaur kesedihan.
"Y/n... 10 tahun! 10 tahun lagi kita sama-sama tengok aurora kat Scotland!!!" kataku teruja.
"Yes!" balas y/n.
Kemudian kamu saling berpandangan. Serta-merta situasi jadi janggal.
'apahal aku cakap pergi dengan dia? Mesti dia ingat aku dah gila. Eh, memang patut pun tengok aurora dengan kekasih kan? Romantik...' jerit aku dalam hati.
"Aku masuk dululah. Esok kita sembang lagi. Aku nak kena semak akaun mak aku." kata y/n sedikit kelam-kabut.
"Okey."
Y/n segera berlalu pergi. Aku merenung sejenak sayur di tangan.
"Fuhhh perempuan cenge."
Entah kenapa lagu 'Nafas Cinta' seakan terngiang-ngiang di telinga.
Tak pernah ku menduga melihatmu
Ku terpaku, ku membisu
Berdetak jantungkuRasa yang membara
Menusuk terus ke jiwa
Rasa yang ku ada
Setiap nafasku hanya kamu'bila aku menyanyi di balkoni, kau sedar tak aku asyik ulang lagu sama? Dapat ke kau dengar isi hati ku ni, y/n?'
