Y/n rasa macam ada batu besar menghempap dada bila bangun keesokan hari. Jiwanya hampa. Kecewa sangat bila cinta ditolak. Bukan saja kecewa. Malu pun ada. Hendak melangkah ke sekolah pun tidak bersemangat. Berat dan longlai.
"Jom! Dah lambat ni." kata Chan.
Rupanya dah lama Chan menunggu y/n di bawah flat
"Eh?"
Terkejut y/n ditegur Chan. Selama ni Chan tidak pernah buat begitu.
'dia risau tengok keadaan aku kot.' desis y/n.
Melihat keprihatinan Chan, mood y/n terus berubah.
'alah... relaks lah. Setakat kena reject je pun. Untung aku ada kawan baik macam Chan. Betullah kata pepatah, berkawan seribu, berkasih biar satu. Tak payah sedih sangatlah. Muda lagi kot. Banyak lagi pilihan.' kata y/n dalam hati.
Baru y/n perasan Chan sudah sedikit jauh darinya. Terkocoh-kocoh dia mengejar.
"Hoi! Slow lah sikit jalan tu. Semput aku kejar kau!"
"Perlahan lah ni. Kaki kau tu yang pendek. Sebab tu lambat." perlu Chan.
PAP! Kena sedas lagi.
"Aduh!"
Mereka sama-sama menaiki bas. Macam biasa, y/n duduk di kerusi kegemarannya. Biasanya Chan akan duduk di belakang. Tapi kali ni Chan duduk di sebelah y/n. Gadis itu memandang Chan dengan muka berkerut.
'bukan me Chan tak suka hubungan ni diketahui orang?' kata hati y/n.
"Eh, apahal duduk sini?"
"Entah. Tiba-tiba rasa nak tukar tempat duduk hari ni. Best jugak duduk sini. View boleh tahan. Aircond pun sejuk."
Y/n tidak tahu macam mana hendak respons. Buat kali pertama mereka berjalan beriringan ke perhentian bas, duduk bersebelahan dan melangkah bersama ke sekolah.
Sesampai saja mereka di sekolah, Chan kenyit mata kepada y/n. Barulah y/n faham. Chan memang tunggu dia tadi dan berhajat berjalan bersama-sama untuk temaninya dalam keadaan sedih begini.
'ah, Chan faham sangat perasaan aku '
"Fikir apa tu?" soal Chan tiba-tiba.
"Kenapa?"
