"aku rasa... Kita tak payah jumpa lagi." Kata y/n berterus terang.
Felix terkejut. Matanya sedikit membulat. Dia perasan wajah y/n muram akhir-akhir ini.
"Kenapa y/n?" Tanya Felix.
Y/n hanya diam. Dia sendiri tidak tahu alasan apa paling sesuai diberikan.
"Ni... Sebab budak lelaki tinggi lampai yang tarik tangan kau depan sekolah hari tu kan?" Tanya Felix dengan nada perlahan.
Y/n sedikit kaget dengan soalan Felix. Dia tidak menyangka Felix menyebut tentang Chan tiba-tiba.
"Aku ingat lagi masa kali pertama kita dating dua tahun lepas. Masa tu aku bahagia sangat sebab kau memang ada dalam hati aku. Tapi lepas tu kau tolak cinta aku semudah tu je. Tanpa mempertimbangkan langsung. Aku kecewa sangat, Felix.
"Hanya seorang je tahu betapa pedihnya hati aku masa tu. Cuma dia yang selalu di sisi aku. Dia menjadi pendengar, memujuk dan memberi sokongan pada aku. Dia lakukan semuanya dengan penuh keikhlasan.
"Tapi tiba-tiba kau kembali. Betapa gembiranya hati ni sampai aku fikir, inilah kebahagiaan yang aku nantikan selama ni. Tapi semakin hari, aku mula sedar sebenarnya aku dah silap.
"Rupanya aku tak pernah faham lukisan kegemaran kau. Aku tak pernah tahu nikmati kopi pahit yang selalu kau minum. Aku tak selesa dengan kesenyapan di antara kita.
"Sekarang baru aku faham. Keinginan memiliki dengan menyimpan perasaan di hati langsung tak sama. Jatuh cinta dan suka adalah hal yang berbeza sama sekali. Selama ini aku cuma ada keinginan memiliki kau atas sebab rasa suka melihat kau.
"Hakikatnya aku biarkan jatuh cinta dan menyimpan nama kau dalam hati. Aku tak nak menipu diri sendiri lagi. Sebab tu aku berterus terang dengan kau tentang perasaan ni. Sekarang baru aku sedar, yang benar-benar ada di hati aku ni bukan kau, Felix. Tapi Chan, lelaki yang selalu ada ketika aku dalam suka mahupun duka."
Felix terdiam mendengar penjelasan panjang lebar y/n. Dia nak mata gadis itu bergenang. Pantas Felix mengukir senyuman.
"Terima kasih sebab berterus terang dengan aku, y/n." Ucap Felix.
"Kita tak payah jumpa lagi, ya Felix." Y/n separuh meminta.
"Okey, aku faham."
Felix berpaling dengan perasaan kecewa yang amat. Dia kesal kerana pernah mensia-siakan peluang mendapatkan y/n sebelum ni. Mungkin inilah perasaan gadis itu apabila terlepas peluang mendapatkan cinta Chan. Siapa yang paling kecewa antara mereka bertiga? Tiada siapa yang tahu.
Masa begitu pantas berlalu. Y/n setia menunggu kepulangan Chan penuh harapan. Namun Chan masih tidak pulang walaupun ujian SPM telah berlalu. Tahun baru juga sudah sebulan melabuhkan tirai. Lelaki itu tetap juga tidak muncul, sebaliknya hanya bungkusan terkandung sepucuk surat dan beberapa hadiah istimewa diterima y/n.