Hari Selasa yang ditunggu-tunggu kini tiba. Hari aktiviti Kelab Sastera. Selesai saja sesi persekolahan, aku dan Sana terus bergegas ke sana. (sana bukan Sana)
"Hari ni kita nak main satu permainan." umum cikgu Kim merangkap guru penasihat kelab
Ada empat sesi. Sesi pertama meneka puisi klasik. Cikgu Kim akan baca puisi klasik dan ahli-ahli kelab perlu meneka tema puisi dan penulisnya. Aku berjaya menjawab beberapa puisi dengan mudah dan dapat tempat pertama. Sesi kedua menghurai dua rangkap sajak. Sekali lagi aku berjaya huraikan dengan tepat.
"Hebatlah kau ni!" puji Sana sambil menyenggol tangan aku yang tersenyum malu.
Sesi ketiga pula segmen bercerita. Tajuk bebas. Selepas memilih judul secara rawak, ahli diberi lima minit untuk buat persediaan. Aku tidak berapa gemar sesi ini. Tapi aku akan buat sebaik mungkin.
Berbeza dengan Felix. Dia nampak teruja dan jadi ahli pertama menyertainya. Judul pilihan 'Insan Tersayang'. Felix tunduk. Mungkin memikir tajuk yang dipilih. Tiba masanya, dia berdiri depan semua sambil membetulkan rambut depan.
(Lebih kurang gitu ah 🌬️ tpi dok gitu pong iye macang gane ah)
'Cool gila dia.' desis aku sambil tersenyum.
"Hei! Bukan ke kau dah suka kat Chan? Dah tukar orang ke?" tanya Sana perlahan.
Ah, Sana ni berkebolehan jadi detektif. Cekap orangnya. Walaupun sikit, dia pasti perasan apa je perubahan dan kelainan. Contohnya perubahan wajah aku sekarang macam muka yaranaika. ( www.google.com )
Tapi aku pura-pura tidak dengar dan cuma fokus dengan apa yang Felix hendak ucapkan.Insan paling saya sayang ialah atuk. Semasa kecil saya selalu tunggang basikal ke rumah atuk. (Halah cliche lah bang citer ni ( ͡° ͜ʖ ͡°) ) Atuk tidak pernah lekang dengan senyuman. Apabila nampak saya, dia akan tersenyum sambil memberi coklat dan gula-gula. Atuk tinggal seorang diri. Sebab itulah saya selalu menemaninya.
Setiap hujung minggu, saya akan bermalam di rumah atuk. Dia suka main catur. Dialah ajar saya teknik bagus bermain catur. Atuk selalu berkata yang sayalah cucu kesayangannya.
Masa berlalu dan saya jadi semakin sibuk dengan pelajaran. Tahun lalu, atuk jatuh sakit. Masa tu baru saya sedar bahawa sudah lama saya tak melawat atuk. Ah, bagaimana atuk mengisi kekosongan hari-harinya tanpa kehadiran saya? Saya menyesal kerana jarang dapat teman atuk sejak menginjak dewasa.
Saya hanya sempat melawat atuk di hospital. Melihat keadaannya yang uzur, saya tak mampu berkata apa-apa. Hanya mampu menitiskan air mata. Atuk asyik pegang tangan saya dan menasihati saya supaya rajin-rajin belajar. Dia pesan. Supaya saya tidak buat mak ayah risau. Atuk berharap saya jadi anak yang menghormati mak ayah.
Dan hari itu juga atuk menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ya, dia sudah pergi. Walaupun dia tak ada di sini lagi, saya tetap merinduinya. Saya masih terbayang saat saya menunggang basikal ke rumah atuk dan kami bermain catur bersama-sama. Hanya atuk je yang boleh tewaskan saya.
Cuma... Apa yang saya ralat sekarang, saya tak pernah luahkan kepada atuk yang saya sayangkan dia. Saya akan sentiasa rindukan atuk.
Sebak pulak mendengar cerita Felix. Tiba-tiba aku teringatkan ayah. Kami sama-sama kehilangan seseorang disayangi. Walaupun Felix tidak mendapat tempat pertama dalam sesi bercerita tapi bagi aku, dialah pemenang.
Sesi terakhir ialah permainan tradisional dikenali sebagai 'permainan kasih'. Semua nama lelaki dan perempuan ahli kelab dimasukkan ke dalam dua kotak. Cikgu akan pilih dua nama secara rawak. Mereka yang terpilih perlu keluar dating.
"Biar betul? Ada ke game macam ni?" tanya aku terkejut.
"Ye lah. Setiap tahun ada. Aku terpilih masa form 1 dulu."
"Habis tu kau dating dengan mamat tu?"
"Yelah."
"Dengan siapa?"
"Hyunjin." kata Sana tersipu-sipu.
Barulah aku perasan Hyunjin juga ahli kelab. Rupa-rupanya begitulah bermulanya kisah cinta Sana.
"Felix!" teruja betul cikgu Kim masa umumkan nama terpilih tahun ni.
Terkedu seketika apabila mendengar nama Felix dilaung. Semua ahli kelab bersorak dan menolak Felix ke depan.
"Tahun ni kamu dah form 5. Lina tahun kamu tunggu. Ni peluang untuk kamu." gurau Cikgu Kim.
Air muka Felix kelihatan teragak-agak. Mungkin dia tidak percaya dengan apa yang diumumkan. Dia mampu tersenyum dan berdiri sebelah Cikgu Kim. Bertuah dna bahagianya gadis yang terpilih dating bersama Felix nanti.
"Y/n!"
Hah? Badan aku kejung. Terkejut apabila mendengar nama aku dipanggil. Felix bukannya kenal aku pun. Aku saja yang terhegeh-hegeh sukakan dia. Dahi Felix berkerut sambil membelek nama yang tertera.
"Gadis yang menang sesi pertama dan kedua tadi lah." ujar Cikgu Kim.
"Dia ni yang orang panggil singa betina kan?" kata Felix perlahan.
Aku dapat dengar kata-kata Felix walau perlahan. Ah, tak kisahlah. Rasanya semua pelajar sekolah ni panggil aku singa betina.
"Cepatlah pergi!" kata Sana sambil tolak lembut badan aku.
Alamak! Aku masih belum bersedia. Tiba-tiba langkah aku jadi tidak tentu arah sampai hampir tersungkur. Mujur Sana sempat sambar lengan aku. Kalau tidak, tersungkur ke lantai la aku jawabnya macam nangka busuk.
"Apa b tercegat lagi tu?"
Sana menepuk bahu aku. Tersentak. Aku belum sedia hadapi semua ni. Aku menekan dada. Bimbang juga kalau sesiapa terdengar degupan jantung aku. Aku cuba tersenyum sebaik berdiri sebelah Felix. Lelaki itu mengangguk sopan.
"Cikgu umumkan ye. Dengan rasminya permainan hari dah tamat!" ujar Cikgu Kim.