"Kau cakap jela kau suka kat dia!" kata Chan.
"Gila lah kau ni!"
"Alah... Kau ada rupa kot. Pandai pulak tu. Untunglah ulat buku macam Felix jadi boyfriend kau."
"Dia tak gatal macam kau!" jawab y/n.
Bukan main lagi Chan menyakat. Itulah salah satu hobi Chan. Lelaki ini sila tengok y/n naik angin. Y/n pula masih fikirkan mimpinya yang pelik tentang Felix.
"Habis tu? Kau nak lupakan cinta terpendam kau macam tu je?"
Y/n terkedu. Tidak menjawab pertanyaan Chan. Lagipun dia tak tahu apa perlu dia lakukan.
"Helo... Kau kan singa betina. Takkanlah tu pun tak berani. Jangan takut. Hadap je." tambah Chan.
Y/n hanya merenung wajah Chan sambil berfikir kelogikan kata-kata lelaki itu.
'kaulah idola dalam hati aku buat selamanya. Aku respek cara dan kecekalan kau. Tak ada apa mampu gugat kau. Lagipun aku sentiasa di sisi kau.
'aku sedia jadi pendengar setia. Tak kisahlah kau merungut, membebel mahupun bergaduh dengan aku. Sebab... Aku sayangkan kau.' desis Chan.