Wahai Bulan Baru,
Aku rindu hubungan kita masa tu. Aku rindu masa kita berbual di balkoni dan berkongsi suka duka. Hanya kau seorang yang kata sikap garang aku ada tarikan tersendiri.
Kali pertama jumpa, aku lebih tinggi 20 cm berbanding kau. Menginjak dewasa, kau lebih tinggi pula. Mula-mula aku yang lindungi kau. Sekarang giliran kau pula. Kau sentiasa di sisi ketika aku bersedih. Kata-kata kau sering kali berjaya memujuk aku. Wahai Bulan Baru, aku rindukan kau.
Jiwa Harapan
Selepas kau pergi, aku cuma mampu pendam segala kerinduan. Tak ada siapa yang sedar dan faham perasaan sebenar aku. Aku masih dan takkan mampu lupakan kau. Aku rindukan kau. Selain bersembunyi dalam dunia serba gelap, tak ada lagi tempat untuk aku berselindung.
