66

12 1 3
                                    

Sebaik saja tiba di hotel, y/n terus menghubungi Putera melalui nombor telefon yang diberi lelaki itu sebelum ini. Perasaannya berkobar-kobar mahu mendengar suara Putera. Namun panggilan tidak dijawab.

Y/n buat keputusan untuk menunggu Putera menghubunginya. Malangnya dia tidak menerima apa-apa panggilan walaupun sudah beberapa jam berlalu. Selesai makan malam, kedengaran WhatsApp masuk. Cepat-cepat y/n menatal telefon bimbitnya.

Putera:
Maaf, aku tengah kerja tadi. Atk dapat jawab call. Kau dah sampai Edinburgh?

Y/n:
Oh, tak apa. Maaf kacau kau kerja. Esok kau free tak?

Putera:
Haah aku free besok. Jom jumpa. Kau atau mana?

Y/n:
Edinburgh House Hotel

Putera:
Okey, esok pukul 10 pagi aku jemput kau kat sana

Y/n:
Alright!

Keesokan harinya, y/n menerima WhatsApp dari Putera. Lelaki itu tidak dapat datang menjemputnya kerana kereta rosak. Jadi dia meminta y/n datang sendiri bertemunya di sebuah kafe. Mereka berjanji memakai baju berwarna biru agar mudah dikenali.

Y/n menaiki teksi ke kafe merujuk alamat yang Putera beri. Sampai saja di kafe dijanjikan, y/n melangkah penuh debar. Dia berdiri sejenak di luar pintu masuk kafe. Dia tarik nafas dan dihembus perlahan untuk menenangkan gemuruh.

Y/n masuk lalu menanggalkan kot sambil mata melilau sekitar kafe. Dia mencari lelaki memakai baju biru. Hanya seorang lelaki menarik perhatiannya. Lelaki itu berbaju T lengan panjang warna biru dan dihiasi mafela biru tua di leher. Y/n mendekati lelaki yang duduk sendirian di sudut hujung kafe.

'ah, dia bukan Chan!' kata y/n dalam hati setelah nampak jelas wajah lelaki itu.

Lelaki berbaju-T biru berdiri sebaik melihat y/n menuju ke arahnya. Dia melemparkan senyuman dan dibalas gadis itu.

"Putera?" Tanya y/n mesra.

"Ya, aku Putera. Kau Jiwa Harapan kan? Jemput duduk." Pelawa lelaki itu.

Dia juga duduk semula di kerusi.

"Haah. Tapi nama sebenar aku y/n. Jadi panggil aku y/n."

Y/n duduk di kerusi berhadapan lelaki itu.

"Okey y/n. Aku Jake."

"Oh okey. Nice to meet you, Jake." Y/n berkata sambil cuba menyembunyikan rasa kecewa kerana di depannya kini bukan Chan.

"Thank you. It's very nice to meet you as well. But... Kenapa kau nampak macam kecewa?" Soal Jake berterus terang.

'seriuslah lelaki ni? Dia nampak ke muka aku?' y/n menjerit dalam hati.

"Err... Tak ada lah. Kenapa aku nak kecewa pula? Hahaha." Kata y/n sambil membetulkan juraian rambut di dahi.

"Kau harapkan aku ni Bulan Baru ke?" Soal Jake lagi dengan senyuman manis.

"Tak. Ah, kau dah order belum?" Y/n cuba ubah topik.

"Belum... Jom order." Kata Jake tenang lalu mengangkat tangan memanggil pelayan kafe.

[C] Bersaksikan Bulan Where stories live. Discover now