Y/n tunjuk gambar dan rakaman video aurora diambilnya kepada Chan. Malah dia turut bercerita tentang penginapannya di motel yang sama diinap lelaki itu dua tahun lalu. Tidak ketinggalan juga mengenai pertemuannya dengan Puan Sophie sehingga membongkar tentang Chan menghidap kanser.
"Kecil sungguh dunia ni, kan?" Kata Chan.
Dia terkejut apabila mengetahui pertemuan yang tidak direncana antara mereka.
"Haah, tapi aku percaya takdir tak mempermainkan kita, Chan. Ia percaturan untuk temukan kita semula." Kata y/n tidak lekang dengan senyuman.
"Jom kita pergi tengok aurora." Ajak Chan dengan mata bercahaya.
"Eh, suhu sekarang sejuk sangatlah. Kau tak tahan nanti."
"Y/n... Aku mampu bertahan sampai sekarang sebab aku nak sangat pergi tengok aurora dengan kau."
"Tapi..." Y/n tidak dapat menghabiskan kata-katanya.
'tapi keadaan kau sangat tenat, Chan.' sambungnya dalam hati kerana tidak sanggup diluahkan.
"Kita pergi hari ni ya!" Pinta Chan.
Mata redup lelaki itu begitu menyentuh hati y/n. Namun gadis itu sangat risau dengan kondisi Chan.
"Chan... Kalau kita sampai sana pun, belum tentu kita dapat tengok aurora. Kau pun tahu kan?" Y/n cuba memujuk.
"Ya, aku tahu. Tapi sekurang-kurangnya kita cuba."
Y/n serba salah. Dia khuatir akan kesihatan Chan, namun dia lebih risau jika permintaan Chan ini adalah buat kali yang terakhir.
"Baiklah. Aku minta kebenaran doktor kau eh?" Kata y/n sambil memegang tangan Chan.