Yaya dibawa ke bahagian dalam pulau. Memandangkan pulau tu agak besar,ambik masa sikit untuk berjalan ke tempat tinggal mereka.
Yaya: Boleh....saya tanya sesuatu?
Salah seorang mereka memandang Yaya dan berkata
Jin: Boleh. Tapi jangan lambatkan kami.
Yaya: Erm,kamu semua ni.....siapa?
Jin: Kami puak Giant yang semua orang gelarkan. Puak kami sebenarnya puak Galapas yang menetap di belakang dewa kami berkurun lamanya.
Yaya: Dewa?
Jin: Pulau ni berada di belakang dewa kami,Turtle God yang dah hidup hampir 10 000 tahun lamanya.
Yaya: "Lama gila!" Jadi,bagaimana puak kamu berhubung dengan dunia luar?
Jin: Kami jarang berhubung dengan dunia luar,sebab kami lagi selesa tinggal di belakang dewa kami.
Akhirnya mereka dah sampai di tempat yang nampak macam perkampungan mereka. Rumah mereka diperbuat dari pokok gergasi yang memuatkan 8-16 buah rumah. Cahaya matahari yang menembusi melalui pokok mencantikkan suasana kampung tu.
Yaya: Cantik...!!
Yaya nampak penduduk kampung menjalani kehidupan seharian mereka. Memasak,bercucuk tanam, hasilkan kraf atau senjata tapi yang peliknya,mereka takde cengkerang kura-kura. Mereka pakai baju yang dibuat dari daun dan kulit kayu atau sutera lelabah.
Yaya: Mana.....cengkerang mereka?
Jin: Kau akan tahu nanti. Mari.
Jin dan pengawal lain bawa Yaya ke pokok paling besar di hujung kampung. Di situ,Yaya dibawa berjumpa dengan ketua kampung yang juga ayah Jin.
Jin: Ini dia manusia yang ceroboh pulau ni.
Yaya: "Ceroboh?"
Ruxem: Biarkan dia di sini. Tinggalkan kami berdua.
Kini,hanya tinggal Yaya dan Ruxem ketua puak Galapas. Yaya meneliti badannya dan wajahnya.
Yaya: "Kalau ikutkan badan,dia agak tegap masa muda tapi sekarang otot agak kendur. Janggut panjang,rasanya dia dah berusia sekitar 100 tahun."
Ruxem: Manusia,kenapa kau datang ke sini? Macam mana kau boleh jumpa pulau ni?
Yaya: Sebenarnya,nama saya Yaya. Saya dari keluarga Twilight.
Mendengar nama Twilight,Ruxem terus jatuh ke belakang.
Yaya: Eh? Kenapa ni?!
Ruxem: Takde apa. Tak sangka kau dari keluarga Twilight. Hm....
Ruxem berjalan ke arah almari dan ambil sesuatu yang nampak macam pisau belati.
Ruxem: Jadi,kalau kamu dari keluarga Twilight mesti kamu cari harta keluarga Twilight. Benar?
Yaya: Betul tu.
Ruxem serahkan pisau belati tu pada Yaya.
Ruxem: Ini dia kuncinya. Kunci untuk mencari harta keluarga Twilight. Dan saya rasa kamu mesti nak tahu tentang sejarah tempat ni.
Yaya terus keluarkan buku nota dan pen dan bersedia untuk menulis.
Yaya: Sila teruskan.
Ruxem: Begini. Sejak zaman dulu puak Galapas dah lama menetap di belakang dewa kami. Dewa kami akan bergerak dari satu tempat ke tempat lain untuk elakkan dari ditemui dunia luar.
Yaya: *fokus* Teruskan.
Ruxem: Malangnya,perang besar meletus 3000 tahun lepas. Masa tu kami terpaksa berhubung dengan dunia luar untuk keselamatan kami juga. Dan masa peperangan tengah hangat,kami berjumpa dengan keluarga Twilight masa tu.
YOU ARE READING
YAYA: RICH WITCH
RandomKalini kita tengok kisah Yaya pula bila di dunia lain, dia adalah ahli sihir dengan duit sana sini. Yaya: Aku?! Author: Ya,kau pulak. Yaya: Yelah. Author dapat ilham dari: I've been Killing Slime for 300 Years and become the strongest x Kuma Kuma K...